Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
sarah suhairi bernikah
Gambar: Sarah Suhairi via Instagram

Sah, Sarah Suhairi Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati

Azizah Najib

Sah, Sarah Suhairi Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati

Penyanyi, Sarah Suhairi sah menjadi isteri kepada jejaka pilihannya, Aswad Anuar yang merupakan seorang pensyarah dalam majlis pernikahan pagi tadi, lapor Gempak.

Dengan sekali lafaz, kedua mempelai itu dinikahkan oleh bapa Sarah, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ahmad Khaliq Md Rasid di lokasi pilihan mereka, Barern Hill.

Majlis yang bertemakan rona putih itu menyaksikan penyerahan mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2486. Walaupun begitu, jumlah hantaran dirahsiakan.

BACA: The Malaya, Busana Rasmi Malaysia Untuk Acara Pembukaan Olimpik Didedahkan

Kedua mempelai bertukar dulang hantaran dengan lima berbalas tujuh.

Berita gembira ini menjadi satu kejutan apabila kedua-dua belah pihak tidak pernah mendedahkan hubungan mereka berdua kepada umum.

Sah bergelar isteri, Sarah Suhairi bersyukur

Meluahkan kesyukuran atas pernikahannya, Sarah memuat naik gambar rasmi mereka berdua bersalaman setelah diijab kabul.

“Bersyukur ke hadrat ilahi di hari yang penuh barakah ini, sukacita Sarah ingin mengumumkan kami telah pun selamat di ijab kabul sebagai suami isteri yang sah.

“Tiada satu pun kata-kata dapat mengungkap perasaan ini melainkan rasa syukur,” luahnya.

Sarah turut berterima kasih kepada ahli keluarganya.

BACA: Redza Rosli Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hanna Dengan Sekali Lafaz

“Terlebih dahulu terima kasih kepada ibunda dan ayahanda tercinta yang selama ini mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepada Sarah, dan selamanya Sarah terhutang budi dan akan membalas jasa kalian berdua.

“Untuk seluruh ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana sentiasa bersama Sarah, tiada satu permata dapat menggantikan betapa bernilainya perhubungan kita sehingga ke hari ini,” tambahnya.

Sarah turut meluahkan syukur dan terima kasih kepada ahli keluarga baharunya atas kesudian menerimanya dengan tangan terbuka.

“Untuk keluarga baharu Sarah, terima kasih kerana menerima kehadiran Sarah dengan tangan yang terbuka dan penuh kehangatan.

“Sarah sangat bersyukur dan gembira untuk menjadi sebahagian dari keluarga kalian,” katanya lagi.

BACA: Elfira Loy Selalu Kongsi Benda Baik Di Media Sosial Buatkan Sweet Qismina Buka Hati Pergi Kelas Agama

Tidak lupa kepada para peminat, Sarah turut menyampaikan penghargaan yang tidak terhingga dengan menjadikan muzik video terbarunya sebagai hadiah.

“Buat semua peminat yang Sarah hargai dan kasihi, terima kasih menjadi suara dan juga ibarat keluarga Sarah dalam menyusuri dunia seni.

“Terimalah With You sebagai hadiah daripada Sarah buat semua para peminat,” ujarnya.

Sumber: Sarah Suhairi via Instagram, Gempak