Siakap Keli
Hot Wheel
Kredit: Mohd Nazim Badruddin via Facebook

Honda Civic EG, Kereta Hot Wheels Bernilai RM 21,000 Telah Dijual

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Honda Civic EG, Kereta Hot Wheels Bernilai RM 21,000 Telah Dijual

Hobi mengumpul permainan kereta Hot Wheels sememangnya sudah lama wujud, malah masih kekal relevan di Malaysia terutamanya bagi kaum lelaki.

Mungkin bagi sesetengah individu, membeli permainan kereta Hot Wheels ibarat menghidupkan kembali kenangan zaman kanak-kanak.

Meskipun dicipta untuk kanak-kanak, Hot Wheels turut berjaya menambat hati golongan dewasa kerana model yang dikeluarkan merupakan ‘jelmaan’ model kereta sebenar, baik yang popular mahupun jarang ditemui.

Walaupun bersaiz kecil, kereta Hot Wheels mampu membuatkan peminatnya tergila-gila, terutamanya apabila menemukan edisi terhad.

Baru-baru ini, sebuah majlis makan malam berkaitan Hot Wheels telah diadakan di Hotel Concorde Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Julai, khusus untuk mereka yang mencari barangan edisi terhad jenama ini.

Acara yang dinamakan Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ini turut menarik peserta dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan banyak lagi.

Melalui hantaran di Facebook oleh Mohd Nazim Badruddin, yang bertindak sebagai jurulelong semasa majlis tersebut, beliau memaklumkan bahawa sebuah kereta Hot Wheels bersaiz tiga inci tanpa enjin telah terjual pada harga puluhan ribu ringgit.

“Orang biasa tidak akan faham, tetapi pengumpul tahu mengapa harganya begitu,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Dalam acara itu, kereta Hot Wheels Honda Civic EG dengan nombor siri SN 0001/1000 telah dijual pada harga RM 21,000 bagi tujuan bidaan kebajikan (charity auction).

Difahamkan, kereta Hot Wheel tersebut merupakan keluaran pertama daripada 1000 unit keluaran keseluruhannya.

BACA: Masih ‘Solo’ Sehingga Saat Ini, Khairul Aming Dedah Ciri-ciri Pasangan Idaman

Sumber: Mohd Nazim Badruddin via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.