Siakap Keli
Kanada Didenda FIFA
Gambar: AFP

Paris 2024: Kanada Didenda FIFA, Intai Pasukan Lawan Guna Dron 

Paris 2024: Kanada Didenda FIFA, Intai Pasukan Lawan Guna Dron 

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil keputusan mengenakan hukuman denda terhadap pasukan bola sepak wanita Kanada berhubung skandal pengintipan dron di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Akibat insiden tersebut, Persekutuan Bola Sepak Kanada telah ditolak enam mata dan tiga jurulatih mereka bakal digantung selama 12 bulan, selain juga dikenakan denda sebanyak ASD383,855 (RM1.8 juta).

Ketua jurulatih, Beverley Priestman, adalah salah seorang daripada jurulatih yang digantung selama setahun, lapor Stadium Astro.

FIFA mendapati Priestman dan dua pembantunya bersalah kerana ‘masing-masing didapati bertanggungjawab atas tingkah laku yang menyinggung perasaan dan pelanggaran prinsip permainan adil’.

Kanada merupakan juara bola sepak wanita di Sukan Olimpik selepas memenangi pingat emas di Tokyo 2020.

Selepas skandal tersebut, Kanada berjaya menewaskan Football Ferns 2-1 dalam perlawanan pembukaan mereka pada pagi Jumaat.

Jawatankuasa Olimpik New Zealand telah membuat aduan selepas mendapati kakitangan skuad Kanada menggunakan dron untuk mengintip sesi latihan sebelum perlawanan mereka pada 22 Julai.

Difahamkan, kejadian serupa juga didapati berlaku pada 19 Julai ketika pasukan bola sepak wanita New Zealand sedang menjalani latihan di St Etienne.

Pasukan Kanada kemudiannya segera mengakui tanggungjawab atas insiden tersebut dan mengeluarkan kenyataan memohon maaf.

“Jawatankuasa Olimpik Kanada bermaksud fair-play dan kami terkejut dan kecewa. Kami memohon maaf seikhlas hati kepada Bola Sepak New Zealand, kepada semua pemain yang terjejas, dan kepada Jawatankuasa Olimpik New Zealand,” tulis Jawatankuasa Olimpik Kanada dalam satu kenyataan.

BACA: Olimpik 2024: Aksi Argentina-Maghribi Dicemari Kekecohan

BACA: Paris 2024: Buruan Emas Pertama Negara Bermula Esok

BACA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

Sumber: Stadium Astro

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.