Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Olimpik argentina maghribi
Gambar: AFP

Olimpik 2024: Aksi Argentina-Maghribi Dicemari Kekecohan

Iqbal Yasir

Olimpik 2024: Aksi Argentina-Maghribi Dicemari Kekecohan

PARIS — Aksi pembukaan Bola Sepak Sukan Olimpik Paris 2024 antara Juara Copa America 2024, Argentina dan Maghribi dicemari dengan pelbagai insiden huru-hara yang menyaksikan pasukan terbaik dunia itu tewas 1-2, dua hari sebelum upacara pembukaan temasya itu, lapor AFP.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Geoffroy-Guichard, kedua-dua pasukan terpaksa masuk ke dalam bilik persalinan semula selepas keadaan stadium kecoh dengan beberapa penonton memasuki padang pada penghujung minit permainan.

Lebih mengejutkan, perlawanan dimain semula tanpa penyokong dua jam kemudian dan gol penyamaan Argentina dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).

Gambar: AFP

Kronologi Perlawanan

Dalam separuh masa pertama Maghribi berjaya meledak gol pertama menerusi Soufiane Rahimi selepas menerima hantaran lintang daripada Oussama El Azzouzi sebelum masuk ke bilik persalinan.

Empat minit separuh masa kedua bermula, pasukan dari benua Afrika itu sekali lagi menambah derita Argentina apabila dihadiahkan sepakan penalti.

Soufiane Rahimi sekali lagi menjadi pencetak gol dalam perlawanan itu sekaligus meletakkan pasukannya berkelebihan dua gol di hadapan.

BACA: Euro 2024: Cristiano Ronaldo Sarung But “Pink” Milik Bruno Fernandes?

Menurut Eurosport, kebangkitan lewat Albicelestes dengan dua gol menerusi Guiliano Simeone pada minit ke-68 dan Cristian Medina pada minit kecederaan telah mencetuskan kekecohan apabila penyokong Maghribi didakwa melemparkan objek ke arah pemain dan memasuki padang sebagai tanda protes.

Susulan itu, perlawanan terpaksa dihentikan buat seketika bagi meredakan keadaan. Dua jam kemudian, permainan diteruskan selama lebih tiga minit, secara tertutup tanpa penyokong.

Bagaimanapun, pemenang pingat emas Olimpik 2004 dan 2008 itu terpaksa berputih mata apabila pengadil membatalkan gol itu kerana offside sekaligus tewas kepada pasukan itu.

Gambar: AFP

Dalam pada itu, pengendali Argentina Javier Mascherano menyifatkan keputusan yang dilakukan itu boleh mencemarkan temasya berkenaan.

“Perkara yang berlaku ini adalah sesuatu yang memalukan dan mencemarkan imej temasya ini,” ujarnya.

Keputusan ini menyaksikan Maghribi mendaki tangga teratas Kumpulan B dengan tiga mata manakala Argentina di tempat ke-3 tanpa mata.

Sumber: AFP, Eurosport

BACA JUGA: EURO 2024: Yamal Pemain Termuda Beraksi Dalam Final, Pecah Rekod Pelé