Siakap Keli
wanita ditipu telegram

Wanita Rugi RM658,166, Dakwa Ditipu Lelaki Dikenali Dari Telegram, WhatsApps

Wanita Rugi Lebih RM600,000, Dakwa Ditipu Lelaki Dikenali Dari Telegram, WhatsApps

Seorang wanita hilang sebanyak RM658,166 selepas dia diperdaya dengan cinta maya seorang lelaki yang dikenali menerusi media sosial bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M.Kumarasan berkata, wanita,38, itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada ahad.

“Mangsa memaklumkan telah berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki terbabit menerusi aplikasi Telegram dan WhatApps.

“Mangsa ditawarkan untuk menjalankan perniagaan sebagai ejen barangan kosmetik melalui pautan yang diberikan.

“Bermula 14 Jun hingga 12 Julai lalu mangsa telah membuat 30 transaksi pembayaran, yang dipercayai sebagai bayaran penghantaran barang kepada pelanggan.

“Mangsa membuat pembayaran berjumlah RM658,166 ke dalam 11 akaun bank yang berlainan dalam tempoh itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Kumarasan lagi, mangsa juga sempat membuat panggilan video bersama lelaki tersebut dan mendapati mukanya tidak sama dengan gambar profil di aplikasi WhatsApps.

Mangsa rasa dirinya sudah ditipu dan tampil untuk membuat laporan polis

“Pihak polis menyeru orang awam agar lebih berhati-hati dan tidak menggunakan media sosial sebagai penantara untuk mencari teman hidup. Jumpa secara bersemuka dan selidik latar belakang terlebih dahulu sebelum menjalinkan hubungan cinta,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.