Siakap Keli
atlet mesir hamil
Gambar: Instagram Nada Hafez

Berjaya Layak Hingga Ke Pusingan 16, Atlet Mesir Dedah Sarat Hamil Tujuh Bulan

Berjaya Layak Hingga Ke Pusingan 16, Atlet Mesir Dedah Sarat Hamil Tujuh Bulan

PARIS — Seorang atlet pedang Mesir, Nada Hafez berkongsi momen manis apabila mendedahkan dirinya mengandung tujuh bulan sejurus menang dalam pusingan pertama di Sukan Olimpik Paris 2024, lapor The Sun.

Dalam pusingan pertama pedang individu wanita, Nada, 26, berjaya menewaskan Elizabeth Tartakovsky dari Amerika Syarikat 15-13.

Gambar: Instagram Nada Hafez

Dia menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan perkara itu. Nada menyifatkan penampilan kali ketiganya di temasya kali ini sangat bermakna apatah lagi sedang berbadan dua.

“Apa yang anda lihat ialah dua pemain di podium, sebenarnya adalah tiga! Ia adalah saya, pesaing dan bayi kecil saya yang belum lahir!

“Bayi saya dan saya sama-sama menyahut cabaran bersama, sama ada fizikal mahupun emosi. Untuk mengekalkan keseimbangan antara kehidupan dan sukan sesuatu yang berat tetapi sangat bermakna.

“Saya menulis hantaran ini untuk mengatakan rasa bangga dengan diri kerana memastikan tempat saya di pusingan 16 akhir. Olimpik kali ini berbeza.

“Saya bertuah kerana mendapat sokongan daripada suami saya @ibrahimihab11 dan keluarga saya untuk dapat pergi sejauh ini.

“Olimpik ketiga saya adalah berbeza kerana membawa bersama si kecil,” tulisnya.

Gambar: Instagram Nada Hafez

Bagaimanapun, Nada terpaksa akur kepada Jeon Hayoung dari Korea Selatan dalam pusingan 16 terbaik di Grand Palais apabila tewas 7-14.

https://www.instagram.com/p/C-A_dPbtIjD/?hl=en&img_index=1

Taekwando, Keazaman Bawa Yahya Dari Kem Pelarian ke Sukan Olimpik Paris

Sebelum ini, seorang atlet  taekwondo dari Syria Yahya Al Ghotany baru berusia 12 tahun mendedahkan dia datang dari kem pelarian, lapor BERNAMA.

Yahya dan keluarganya tinggal di kem pelarian setelah melarikan diri daripada konflik di negara asal mereka, Syria. Dia melihat sukan taekwondo dalam Sukan Olimpik Rio 2016 di televisyen dan memutuskan pada saat itu untuk menceburi sukan berkenaan.

Dia menjelaskan bahawa terdapat sekitar 40,000 pelarian Syria di kem itu dan “keadaan di sana sangat terhad.”

“Saya merasakan taekwondo adalah cabaran baru, sesuatu yang dapat mengisi ruang yang saya kehilangan.

“Mujurlah, Yayasan Kemanusiaan Taekwondo menganjurkan ruang kecil di kem itu, jadi saya mendaftar. Kemudian saya mendapati bahawa saya sangat menyukainya, dan saya benar-benar boleh menjadi sesuatu,” katanya.

Sumber: The Sun

BACA JUGA: Paris 2024: Pearly-Thinaah Bangkit Benam Bekas Juara Dunia

BACA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.