Dua Lelaki Ditemukan Maut, Terperangkap Dalam Lubang Pembetung
Dua lelaki dijumpai maut selepas terperangkap dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting dekat, Jitra hari ini, lapor Astro Awani.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd Bustan Karudin berkata, laporan daripada orang awam yang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam lubang sedalam 4.5 meter itu diterima pihaknya kira-kira jam 9.29 pagi.
“Setibanya di lokasi, disahkan terdapat dua lelaki terperangkap dalam lubang tersebut. Pihak kami kemudiannya menggunakan alat pengesan gas bagi memastikan kewujudan gas tertentu di lokasi tersebut.
Operasi menyelamat tamat pada jam 12.32 tengah hari
“Seterusnya anggota kami lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta peralatan menyelamat lain telah turun ke dalam pembetung tersebut.
“Pihak kami kemudiannya berjaya membawa naik kedua-dua mangsa sebelum menyerahkan jasad mereka kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani.
Kata Bustan lagi, operasi membawa naik mangsa keluar dari pembetung berkenaan tamat kira-kira jam 12.32 tengah hari.
Menurut laporan Astro Awani lagi, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.
BACA: Jurulatih PDRM Kohort Pertama Tamatkan Program Pembangunan Pemanduan Berprestasi Tinggi Volvo Trucks
BACA: Motif Penculikan Albertine Loe Didedah Selepas Siasatan Lengkap
Sumber: Astro Awani