Siakap Keli
cara buat Buttercrème Latté
MIX-LAH Official via TikTok

Kering Poket Kalau Setiap Hari ‘Mengidam’, Ini Cara Buat ‘Trendy Coffee’ Buttercrème Latté

Kering Poket Kalau Setiap Hari ‘Mengidam’, Ini Cara Buat ‘Trendy Coffee’ Buttercrème Latté

Sebelum ini, Buttercrème Latté pernah viral dan menjadi satu fenomena di media sosial.

Tidak dapat dinafikan, bahkan sehingga ke hari ini, minuman ini masih lagi popular dalam kalangan pencinta kopi.

Bagi mereka yang gemar memulakan harinya dengan secawan kopi, minuman ini merupakan pilihan yang tepat buat anda.

Rasanya tidak terlalu pahit dan ‘creamy’, sesuai juga buat mereka yang tidak begitu gemar meminum kopi.

Tapi, takkan hari-hari ‘mengidam’, hari-hari juga kena keluarkan duit untuk beli secawan Buttercrème Latté?

Senang ja nak Buat Buttercrème Latté ni. Tak perlu beratur panjang di kafe semata-mata nak puaskan tekak.

Lebih baik buat sendiri, minum bercawan-cawan pun boleh. Sebenarnya, lebih sedap kalau kita buat sendiri.

Justeru, SK hari ini bawakan resipi kopi popular, Buttercrème Latté, yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @mixlahofficial.

@mixlahofficial

ada peminat Buttercream Latte tak kat sini? 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♂️ Rasa yang creamy, buttery dan kopi yang tak kuat sangat ni sesuai untuk orang yang tak minat rasa kopi yang ‘strong’ Cara pembuatannya yang mudah, sesuai untuk peniaga minuman terutamanya yang mempunyai bisnes minuman kopi 😉 #gfbfood #mixlah #latte #buttercreamlatte #buttercreamcoffee #buttercream #coffee #coffeeaddict #coffeetok #bisneskopi #bisnesminuman #peniaga #ideabisnes

♬ vlog, chill out, calm daily life(1370843) – SUNNY HOOD STUDIO

Bahan-bahan Buttercrème Latté

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat ‘Buttercrème Latté’ ialah:

  • Butter
  • Gula kastor
  • Serbuk Latté
  • Whipping cream
  • Air panas
  • Susu segar UHT
  • Ais

Cara penyediaan Buttercrème Latté

Untuk menyediakan Buttercrème Latté, mula-mula sediakan bekas yang bersih dan masukkan 3 sudu mentega serta 1 scoop gula kastor. Pukul bahan-bahan tersebut sehingga kembang.

Kemudian, masukkan 1 scoop serbuk Latté dan gaul sehingga sebati. Selepas itu, tambahkan whipping cream (yang telah dipukul sehingga kembang) ke dalam campuran tadi dan gaul semua bahan sehingga sebati.

Seterusnya, sediakan cawan dan masukkan 3 scoop serbuk Latté bersama 100ml air panas untuk melarutkan serbuk tersebut.

Tambahkan ais ke dalam cawan sebelum menuang 150ml susu segar UHT.

Akhir sekali, letakkan buttercrème yang telah disediakan di atas minuman tersebut, dan gaulkan sebelum diminum.

Selamat mencuba.

BACA: Malaysia Negara Ke-2 Paling ‘Stress’ Untuk Pemandu Baru Belajar Memandu- Kajian

BACA: Tak Sangka, Ini 6 Sukan Yang Pernah Ada Tapi Kini Tidak Wujud Lagi Dalam Sukan Olimpik

BACA: Suhu Cecah 50 Darjah Celsius, Ini 10 Tempat Terpanas Di Dunia

Sumber: MIX-LAH Official via TikTok