Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2023 kementerian sumber manusia
Tiada Kategori

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)

Nurul Naqiyah

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)

Selangor, 30 Julai 2024 – Seramai 545 warga kerja Kementerian Sumber Manusia termasuk Jabatan dan Agensi telah diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 yang disempurnakan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang.

Majlis APC KESUMA kali ini turut meraikan dan mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh dua (2) orang pegawai dan kakitangan Orang Kurang Upaya (OKU). Encik Mohd Fikri bin Ismail, Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred N19, telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam membantu orang awam di KESUMA sama ada di kaunter hadapan atau melalui panggilan telefon.

Manakala Encik Mohd Faiez bin Mohd Fauzi, Pembantu Tadbir Gred N19 juga seorang OKU yang telah memberikan prestasi cemerlang. Kekurangan kedua-dua pegawai ini tidak melemahkan pegawai untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Pengiktirafan dan penghargaan ini adalah usaha dan komitmen berterusan KESUMA terhadap sumbangan OKU dalam perkhidmatan awam dan menyokong dasar satu peratus (1%) peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam.

Anugerah ini adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan oleh KESUMA kepada pegawai-pegawai yang telah menunjukkan prestasi dan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2023.

YB Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia dalam ucapannya menyeru agara prestasi cemerlang ini tidak terhenti di sini sahaja malah diteruskan untuk tahun-tahun berikutnya.

Majlis seumpama ini adalah pemangkin kepada semua warga KESUMA untuk terus menyumbang kepada pelaksanaan misi strategi 3K iaitu Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan Pekerja dalam mengiringi usaha KESUMA mendepani cabaran masa depan dan merancakkan ekonomi negara.

majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2023 kementerian sumber manusia
majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2023 kementerian sumber manusia

YB Menteri KESUMA berharap pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 sebagai penyuntik semangat untuk sentiasa memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada Kementerian, perkhidmatan awam dan Negara.

Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri KESUMA dan YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha serta Pengurusan Tertinggi Kementerian. Majlis diserikan lagi dengan persembahan oleh band Tentera Udara DiRaja Malaysia –

Kombo Seni Udara TUDM dan pasukan koir dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

YB Menteri KESUMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menyeru agar semua warga KESUMA sentiasa komited, cekap dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dan sentiasa menerapkan integriti dalam melaksanakan tugasan demi memartabatkan organisasi KESUMA.