Siakap Keli
Pengendali Facebook Mati
Sumber: AFP

Terjatuh Dari Skylift, Pekerja Kontraktor Maut

Terjatuh Dari Skylift, Pekerja Kontraktor Maut

PERAI — Seorang pekerja dilaporkan maut selepas terjatuh dari ketinggian 5.2 meter sewaktu melakukan kerja pemasangan anak tangga di sebuah kilang pembuatan pada Khamis lepas, lapor Sinar Harian.

Menurut jurucakap Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang (JKKP), mangsa yang juga seorang pekerja warga asing, 21, disahkan meninggal dunia dua hari selepas menerima rawatan di hospital.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2.15 petang itu, sepasukan pegawai penyiasat JKKP telah menerima maklumat dan telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tambah jurucakap JKKP, mangsa merupakan seorang pekerja kontraktor yang dilantik oleh kilang tersebut untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan tangga bagi kawasan naik taraf bangunan di kilang.

“Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan naik ke platform setinggi 5.2 meter menggunakan skylift untuk mengetat skru di platform tersebut.

“Mangsa disyaki tergelincir ketika menjalankan kerja tersebut lalu terjatuh ke lantai dan dilaporkan meninggal dunia di hospital pada 27 Julai lalu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan insiden itu, notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja di lokasi kejadian telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai.

Tambahnya, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dalaman oleh majikan selepas diarahkan oleh pihak jabatan. Ia termasuk langkah penambahbaikan dan membuat pembentangan kes kepada jabatan.

“Pihak JKKP Pulau Pinang akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan, dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenalpasti dan lawatan susulan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil.

“Adalah menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,” ujarnya lagi.

Mengulas lebih lanjut, beliau memberitahu analisa risiko dan kawalan risiko yang berkesan akan diadakan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan menerusi majikan yang mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.

Langkah ini bagi menghapus atau mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam selain mengelakkan berlakunya kemalangan semasa aktiviti kerja dijalankan.

“Jabatan memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan di semua sektor. Jabatan sentiasa komited untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

BACA JUGA: Bapa Sedih Anak Maut Kereta Terjunam Dalam Sungai 

BACA JUGA: Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 21 Kondominium

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.