Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
nur aisyah paris
Gambar: BERNAMA

Paris 2024: Kekejangan Kaki Punca Nur Aisyah Tidak Tamat Perlumbaan

Nurhanis

Paris 2024: Kekejangan Kaki Punca Nur Aisyah Tidak Tamat Perlumbaan

PARIS, 5 Ogos (Bernama) — Pelumba berbasikal lebuh raya negara Nur Aisyah Mohamad Zubir terpaksa menarik diri dalam acara berbasikal jalan raya wanita Sukan Olimpik Paris 2024, susulan mengalami kekejangan pada kedua-dua belah kakinya, semalam.

Nur Aisyah berkata terdahulu beliau cuba mengelak daripada kemalangan pada kira-kira 90 kilometer (km) sebelum ketinggalan di belakang peloton dengan cubaan berjuang kembali menyertai kumpulan itu tersekat susulan kekejangan dialami.

Berikutan keadaan itu, Nur Aisyah diklasifikasikan sebagai Did Not Finish (DNF) oleh laman sesawang olympics.com/en/paris-2024 bersama-sama 13 pelumba lain.

“Pada kira-kira 90 km, berlaku kemalangan berhampiran dengan saya dan saya terpaksa membrek untuk mengelaknya, yang menyebabkan saya kehilangan rentak.

“Ia berlaku sebelum pendakian paling curam dalam perlumbaan dan terdapat banyak serangan pada masa itu. Saya mencuba sebaik mungkin mengejar semula kumpulan tersebut. Namun, saya mengalami kekejangan, mula-mula kaki kiri dan kemudian kaki kanan,” katanya kepada pemberita.

Perlumbaan yang bermula dan berakhir di jambatan Pont d’Iena di Trocadero itu menampilkan laluan berbatu, pendakian setinggi kira-kira 1,700 meter (m) serta bahagian sempit dan teknikal yang mencabar menuju ke garisan penamat.

Perlumbaan sejauh 158km itu menyaksikan pelumba Amerika Syarikat Kristen Faulkner membawa pulang pingat emas dengan catatan 3:59:23 saat (s), manakala Marianne Vos (Belanda) dan Lotte Kopecky (Belgium), masing-masing merangkul perak (4:00.21s) dan gangsa (4:00:21s).

Nur Aisyah mencipta sejarah muncul pelumba berbasikal lebuh raya wanita Malaysia pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.

Sumber: BERNAMA