Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
mat saleh monorel
Gambar: TikTok @justrolliwithme
Tiada Kategori

Mat Saleh Puji Malaysia Kerana Monorel Raih Perhatian Ramai

Iqbal Yasir

Mat Saleh Puji Malaysia Kerana Monorel Raih Perhatian Ramai

Seperti yang diketahui, Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai akses pengangkutan awam seperti Electric Train Service (ETS), Perkhidmatan Transit Ringan (LRT), monorel, bas, teksi dan banyak lagi termasuk projek pembangunan seperti ECRL.

Pembinaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, pelepasan gas rumah hijau malah memudahkan untuk rakyat termasuk pelancong dalam mengakses ke lokasi tumpuan di sekitar tengah bandar.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pelancong mat saleh memuji kemudahan pengangkutan monorel yang terdapat dalam negara.

Gambar: TikTok @justrolliwithme

Menerusi video yang di aplikasi TikTok @justrolliwithme, dia menganggap kemudahan ini sangat berguna ketika berjalan di sekitar ibu kota.

Tambahnya, dia hairan mengapa bandar seperti kota London tidak mempunyai pengangkutan seperti monorel.

“Jadi, saya tidak faham kenapa sebuah negara dan sebuah bandar seperti London, salah satu bandar terkaya di Eropah tidak boleh melabur dalam pembinaan monorel.

“Ia di luar bidang saya. Gunakan duit pada jalan yang betul,” ujarnya dalam klip itu.

Gambar: TikTok @justrolliwithme

Sementara itu, perkongsian video itu telah mencuri perhatian ramai warga maya khususnya rakyat Malaysia yang membanjiri ruangan komen.

Rata-rata mereka yang tidak berkunjung ke negara tersebut turut terkejut selepas mengetahui negara itu tidak mempunyai kemudahan seperti di Malaysia.

Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman merantau di luar negara dan berpendapat kemudahan negara ini antara yang terbaik.

Berikut antara komen pengguna;

“Baru tahu London tiada monorel,” tanya seorang pengguna.

“Mat saleh London pun kagum dengan pembangunan Malaysia,” komen seorang pengguna lain.

“Aku pernah pergi Madrid, rasanya Kuala Lumpur okay lagi. Pendapat aku je la,” kongsi seorang lagi.

“London sebuah bandar tua dengan dipenuhi bangunan-bangunan bersejarah. Pembinaan monorel tidaklah begitu mudah,” komen seorang pengguna.

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan dengan lebih 95,000 tanda ‘suka’ serta komen.

Sumber: TikTok @justrolliwithme

BACA JUGA: Mat Saleh Puji Menu Rahmah, Cadang PM UK Contohi Malaysia

BACA JUGA: ‘Siapalah Ajar Dia Ni..’, Mat Saleh Tular Masak Nasi Lemak Bahan Semua Cukup