Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Kesan Remaja 14 Tahun Dilaporkan Hilang Semalam

Iqbal Yasir
remaja 14 tahun
Gambar: Polis Daerah Petaling Jaya

Polis Kesan Remaja 14 Tahun Dilaporkan Hilang Semalam

PETALING JAYA — Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa semalam pada sekitar jam 3.04 petang.

Remaja itu dikenali sebagai Lin Yu Cheng dan kali terakhir dilihat berada di rumah di alamat Blok B, Level 13, Unit 05, Dataran Prima Condominium, Jalan PJU 1/42 Petaling Jaya sekitar jam 3.10 petang pada 25 Mei lalu.

Tambah Shahrulnizam, remaja warganegara itu mempunyai ketinggian 155 sentimeter dengan berat 42 kilogram, berkulit kuning susu, hidung tidak mancung, bibir mulut nipis, mata dan rambut berwarna hitam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa ini, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. ” katanya dalam kenyataan tersebut.

Prebet Syafiq Ditemui Selamat

Semalam, Anggota Tentera Kem Terendak, Sungai Udang, Prebet Muhammad Fakrullah Nazri ditemui selamat oleh keluarganya pada Ahad malam selepas dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu, lapor Sinar Harian menerusi SK.

Difahamkan, prebet berusia 21 tahun itu ditemui di sebuah kedai makan di Semabok, Melaka dalam keadaan yang tidak terurus.

Menurut bapanya, Nazri Abd Rahim, 48, keadaan Muhammad Fakrullah ketika ditemui berambut panjang berbeza dengan sebelum ini dan tidak dinafikan melihat keadaan anaknya itu membuatkan dirinya sedih.

“Alhamdulillah penantian kami selama ini, doa-doa orang ramai termasuk bantuan pihak media ALLAH SWT makbulkan doa kami.

“Ketika abang sulungnya berjaya menemuinya dia terkejut sebelum menangis sambil mendakwa dia cuba untuk pulang ke rumah namun terasa ‘berat,” katanya.

Nazri berkata sebelum ini terdapat individu memaklumkan pernah ternampak kelibat anak kedua daripada tiga beradik itu di kedai makan tersebut.

“Semalam (Ahad) abangnya tergerak hati nak pergi ke kedai itu, sebaik dia sampai kat kedai itu dia nampak Fakrul,” katanya lagi.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

BACA: Hilang Sejak Sabtu, Albertine Ditemui Selamat

BACA: Hilang Sejak 15 Julai, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Shafila Suaib