Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
michelle yeoh ucap tahniah
Kredit: Bernama

“Sangat Bangga,” Michelle Yeoh Ucap Tahniah Kepada Zii Jia, Aaron & Wooi Yik

Sofea

“Sangat Bangga,” Michelle Yeoh Ucap Tahniah Kepada Zii Jia, Aaron & Wooi Yik

Kejayaan atlet badminton negara membawa pulang dua pingat gangsa masih lagi hangat diperkatakan. Manakan tidak, ia merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan terutama apabila beraksi di pentas Olimpik yang berprestij.

Pingat gangsa pertama dituai oleh pasangan beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas mereka berhempas pulas menewaskan pasangan dari Denmark dalam aksi yang memukau pada Ahad.

Semalam, Lee Zii Jia dengan semangat yang luar biasa telah menghadiahkan pingat gangsa kedua negara.

Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, apatah lagi untuk mendapatkan pingat yang didambakan semua atlet. Justeru, usaha mereka sememangnya sangat wajar dipuji, dihargai dan dirai dengan sebaiknya.

Selain ucapan tahniah dari legenda sukan negara seperti Datuk Nicol Ann David. dan Datuk Lee Chong Wei, mereka juga telah mendapat perhatian pelakon antarabangsa yang juga pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh.

BACA: Aaron-Wooi Yik Tidak Sangka Mampu Bangkit

Michelle dalam dua hantaran berbeza di Instagram mengucapkan tahniah kepada Aaron, Wooi Yik dan Lee Zii Jia.

“Tahniah, sangat bangga dan gembira kerana atlet-atlet Malaysia kita memenangi pingat gangsa.

“Tahniah Lee Zii Jia kerana memenangi pingat gangsa untuk badminton perseorangan lelaki, go team Malaysia,” katanya dalam dua hantaran tersebut.

Terdahulu, Michelle yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Yayasan Pelarian Olimpik telah menyeru agar orang ramai turut memberi sokongan kepada atlet dari pasukan pelarian.

BACA: MOP KLIA Sepang Buat Promo Kaw-Kaw Sampai 70%, Banyak Butik “Branded” Buang Harga

“Bersama-sama, pasukan ini mewakili lebih 100 juta pelarian di seluruh dunia. Mari kita sokong mereka dengan penuh semangat dan bangga,” katanya di Instagram.

Dalam satu lagi hantaran, pelakon berasal dari Malaysia itu juga telah memuat naik gambar dirinya bersama beberapa atlet daripada pasukan pelarian.

“Ketahanan, semangat, tekad dan bakat mereka amat menginspirasikan,” katanya.

Sumber: Instagram Michelle Yeoh

BACA JUGA: Kekurangan Bukan Penghalang, Wanita OKU Pendengaran & Pertuturan Capai Impian Jadi Ketua Chef