Siakap Keli
kempen indiegogo

Sokong Empayar: The Melaka Chronicles – Sertai Kempen Indiegogo Bermula pada Ogos 2024

Sokong Empayar: The Melaka Chronicles – Sertai Kempen Indiegogo Bermula pada Ogos 2024

Kelana Jaya, Malaysia – Ogos 6, 2024 – Kami sangat berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran kempen crowdfunding Indiegogo untuk “Empayar: The Melaka Chronicles”! 

“Empayar: The Melaka Chronicles” adalah sebuah permainan Open World Single Player Mobile Roguelite RPG  yang mencerikatan zaman alternatif di mana Melaka tidak pernah dijajah.

Dibangunkan oleh Univrse Interactive  Sdn. Bhd. dan Illogical Sdn. Bhd., permainan ini menjemput pemain untuk menghayati Zaman Kesultanan Melaka  yang bersejarah, meneroka dunia yang kaya dan luas dengan pertempuran dinamik dan naratif budaya yang  mendalam. 

Indiegogo adalah platform crowdfunding yang membolehkan individu dan organisasi mengumpulkan dana untuk  pelbagai projek dan usaha.

Penyokong, atau backers, boleh menyumbang dalam bentuk kewangan kepada  kempen-kempen ini dan juga mendapat ganjaran eksklusif. Kempen ini berlangsung sepanjang bulan Ogos, bertujuan untuk mengumpulkan dana tambahan untuk meningkatkan dan memperluas potensi permainan kami  untuk masa hadapan. 

Mengapa Sokongan Anda Penting 

Permainan kami, yang dilancarkan pada Julai 2024, telah mendapat lebih 8,000 muat turun dalam tempoh 48 jam  pertama. Respon luar biasa ini menunjukkan potensi terhadap permainan RPG kami yang unik. Dengan  menyumbang kepada kempen kami, para penyumbang akan membantu kami dalam: 

  • Meningkatkan Grafik: Membuat permainan lebih menarik secara visual. 
  • Memperluas Dunia Permainan: Memperkenalkan kawasan dan misi baru.
  • Memperbaiki Mekanik Permainan: Meningkatkan pengalaman bermain secara keseluruhan.

kempen indiegogo

Ganjaran Ekslusif Indiegogo 

Para penyumbang akan menerima pelbagai ganjaran eksklusif, termasuk ganjaran didalam permainan, barang  khas beredisi terhad, dan peluang unik untuk menjadi sebahagian daripada proses pembangunan permainan.

Kami  berhasrat untuk mengumpulkan RM100,000 untuk memastikan penambahbaikan permainan pada masa hadapan  yang lebih hebat dan menarik lebih banyak minat dari para pemain.

Sumbangan bermula serendah $5 USD dan  akan dipromosikan di seluruh dunia untuk turut menyumbang didalam kempen ini. 

Jadilah Sebahagian Daripada Legasi Game Malaysia 

“Kami percaya dalam kehebatan penceritaan melalui permainan dan berdedikasi untuk membawa warisan budaya  kami kepada realiti dalam cara yang menarik dan interaktif,” kata Encik Hezri Amir, CEO Univrse Interactive Sdn.  Bhd. “Dengan sokongan daripada komuniti permainan, dan orang awam, kami bertujuan untuk mencipta sesuatu  yang mengangkat keunikan Silat dan warisan Malaysia kepada pemain di seluruh dunia”. 

Dengan menyumbang, penyokong akan memberi kami peluang untuk meningkatkan grafik, memperluas dunia  permainan dengan kawasan dan misi baru, memperbaiki mekanik permainan, dan memperkenalkan ciri-ciri baru  berdasarkan maklum balas pemain.

Bersama-sama, kita boleh mencipta permainan yang bukan sahaja menghibur  tetapi juga meraikan sejarah dan budaya yang kaya dengan cara yang luar biasa. 

Sertai Kami dalam Pengembaraan Ini 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan menyokong “Empayar: The Melaka Chronicles”, lawati laman  Indiegogo kami di Pautan Indiegogo.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan media, sila lawati laman web rasmi  Empayar di https://empayarthegame.com/ atau hubungi [email protected]

Mengenai Univrse Interactive dan Illogical Sdn. Bhd. 

Univrse Interactive Sdn. Bhd. adalah syarikat penghasilan permainan terkemuka berpusat di Malaysia, dikenali  dengan inovasi dan penceritaan yang mendalam.

Berkolaborasi dengan Illogical Sdn. Bhd., yang membawa  kepakaran reka bentuk dan teknologi yang tiada tandingannya, kami komited untuk mencipta pengalaman  permainan yang tidak hanya menghibur tetapi juga mendidik pemain tentang kekayaan sejarah dan budaya  Malaysia.

Bersama-sama, mereka komited untuk mencipta pengalaman yang tidak hanya menghibur tetapi juga  mendidik pemain tentang sejarah dan budaya kaya Malaysia dengan kolaborasi dengan Studio Kembara dan Luncai  Emas. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.