Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
jangan pakai tayar "spare"
Gambar: Altimat Auto Garage via TikTok

Jangan Pakai Tayar “Spare” Dalam Tempoh Lama, Ini Sebabnya

Azizah Najib

Jangan Pakai Tayar “Spare” Dalam Tempoh Lama, Ini Sebabnya

Ketika memandu, jarang sekali kita dapat menduga sesuatu bakal berlaku kepada tayar kereta. Sebagai contoh, kejadian seperti tayar bocor atau pecah di tengah jalan.

Gambar hiasan

Selalunya, waktu inilah baru kita keluarkan tayar spare dari but kereta untuk menggantikan tayar yang rosak tadi.

Jangan tak tahu, setiap kereta pasti ada tayar ganti (spare) yang juga dipanggil tayar donut oleh para mekanik.

Bagi yang tak pernah tahu kewujudan tayar spare ni, boleh cuba buka but kereta dan lihat ruang di bawah alas but. Setiap kereta hatchback dan sedan mempunyai tempat menyimpan tayar spare yang sama iaitu di bahagian bawah alas but.

BACA: Cara Potong Bawang Putih Boleh Buat Masakan Rasa Berbeza? Ini Penjelasannya

Biarpun kita rasa masalah telah selesai apabila tayar yang rosak tadi diganti dengan tayar spare, namun ada bahaya dan risiko yang perlu anda ketahui apabila menggunakan tayar spare.

Melalui video yang dikongsikan di akaun TikTok Altimat Auto Garage, ada dikongsikan sebab tayar spare tidak boleh digunakan sebagai tayar kegunaan harian.

Menurut mekanik di situ, tayar spare yang sedia ada di dalam but kereta kita tidak mempunyai saiz yang sama dengan tayar biasa.

Bersaiz kecil dan bersifat sementara, tayar ini mempunyai risiko jika digunakan untuk pemanduan harian dan dengan kelajuan tinggi. Tayar spare mempunyai cengkaman yang kurang berbanding tayar biasa.

Berdasarkan pencarian maklumat SK, kebanyakan sumber menyatakan anggaran jarak cadangan bagi menggunakan tayar spare bersaiz kecil hanya boleh diguna sejauh 80 kilometer.

Jika anda memandu terlalu lama menggunakan tayar spare, anda berisiko merosakkan bearing, brek dan sistem gear.

Langkah berjaga-jaga berkenaan tayar spare

Sebagai langkah berjaga-jaga, terdapat empat perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan pemanduan anda selamat ketika menggunakan tayar spare.

Perkara pertama dan paling penting untuk anda lakukan, periksa tekanan angin tayar spare secara berkala apabila tidak digunakan. Apabila tersembunyi di tempat yang jarang kita nampak, sering kali kita terlupa untuk memeriksa keadaan tayar spare.

Selain daripada itu, berikan jarak dan masa yang lebih daripada pemanduan biasa anda sebelum menekan brek. Hal ini berikutan penggunaan tayar spare boleh mengganggu fungsi sistem brek automatik (ABS) kereta anda.

BACA: Pempengaruh Motosikal Terkenal, MotoTanya Maut Akibat Kemalangan

Dalam masa yang sama, ia juga boleh menyebabkan meter kelajuan atau speedometer kereta tidak dapat membaca kelajuan kereta anda dengan tepat.

Perkara ketiga yang perlu anda lakukan ialah lebih peka dan berhati-hati dalam pemanduan ketika cuaca buruk. Tayar spare yang lebih kecil menyebabkan tidak dapat mencengkam dengan baik seperti tayar yang biasa anda gunakan.

Akhir sekali, gantikan tayar spare bila perlu. Kebanyakan tayar spare mempunyai jangka hayat selama lapan tahun sahaja. Jadi periksa buku manual pemilik kereta atau buat pemeriksaan untuk ketahui bila anda perlu tukar tayar spare.

Biarpun tayar spare disimpan elok dan tidak digunakan bukan bermakna ia sentiasa selamat tanpa perlu diganti.

Pesan SK, lebih baik ganti tayar dari kehilangan nyawa yang tiada gantinya.

BACA: Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

Sumber: Altimat Auto Garage via TikTok, Top Driver, Car Parts