Siakap Keli
Atlet Australia
Kredit: @couriermail via Tiktok

Menang Emas, Atlet Australia Ini Tak Sabar Tuntut Hadiah Itik Daripada Mak Ayah

Menang Emas, Atlet Australia Ini Tak Sabar Tuntut Hadiah Itik Daripada Mak Ayah

Selepas melakar sejarah menjadi atlet termuda Australia memenangi emas di Olimpik, gadis ini ternyata tidak dapat menyembunyikan keterujaan mengenai hadiah yang dijanjikan oleh ibu bapanya.

Arisa Trew, 14, yang memenangi emas melalui acara papan selaju wanita berkata, hadiah unik yang sangat-sangat dinantikan itu dijanjikan oleh ibu bapanya sekiranya dia berjaya memenangi emas.

“Ibu bapa saya berjanji bahawa jika saya memenangi pingat emas, saya akan mendapat seekor itik peliharaan.

“Bagi saya itik adalah haiwan peliharaan yang comel. Saya boleh bawa haiwan ini berjalan ke mana-mana sahaja termasuk ke taman papan selaju,” katanya.

Menang emas, atlet Australia tuntut hadiah itik daripaada mak ayah

Menurut Arisa, dia mendapat idea untuk memelihara itik kerana haiwan itu mudah dibawa bersama ketika dia menyertai pertandingan, lebih-lebih lagi di luar negara.

“Ibu bapa saya sudah pasti tidak akan membenarkan saya membela anjing atau kucing kerana kami banyak bergerak ke sana dan ke sini ketika ini.

“Jadi, itik adalah lebih mudah,” katanya.

Dia akhirnya berjaya membuat perjanjian dengan ibu bapanya sebelum beraksi di Paris dan akan dibenarkan untuk memelihara itik sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas.

BACA: Macam Mana Nak Tahu Komen Kita Ada ‘Hate Speech’, Jaga-jaga 3 Unsur Ini Sebelum Korang ‘Dipantau’

@couriermail

She became Australia’s youngest gold medal winner in history but the Gold Coast’s Arisa Trew was just as excited about the present on the way. #olympics #paris2024 #queensland #ducks #duck

♬ original sound – couriermail

Emas pada penampilan sulung di Olimpik

Menurut portal News.com, Trew mula menceburi sukan papan selaju sejak tujuh tahun lalu. Pada usia 11 tahun, Arisa memasang impian untuk bertanding di Olimpik selepas sukan itu melakukan debut di Tokyo pada 2020.

“Saya mahu bertanding di Olimpik, menaiki podium dan menang dalam acara sukan ini.

“Selepas menonton Sukan Olimpik Tokyo, ia benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Melihat atlet-atlet yang bertanding mendorong saya untuk berada di sini,“ tambahnya.

Impian tersebut ternyata menjadi kenyataan apabila Arisa berjaya menjadi juara pada penampilan sulungnya di temasya teragung ini.

Menurut portal News.com, Arisa mengumpul markah sebanyak 93.18 mata dalam acara taman papan selaju wanita sekaligus mengesahkan emas acara berkenaan menjadi miliknya.

BACA: Rangka Bayi Dijumpai Bawah Papan Lantai Rumah, Disyaki Dah Meninggal Lebih 100 Tahun

BACA: Awas, “Membawang” Di WhatsApp Pun Boleh Jadi Jenayah, Naik Mahkamah Kalau Korang Buat Benda Ni

Sumber: @couriermail via TikTok, News.com

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.