Siakap Keli
Rangka Bayi
Kredit: Mirror UK

Rangka Bayi Dijumpai Bawah Papan Lantai Rumah, Disyaki Dah Meninggal Lebih 100 Tahun

Rangka Bayi Dijumpai Bawah Papan Lantai Rumah, Disyaki Dah Meninggal Lebih 100 Tahun

Rangka bayi misteri dipercayai sudah meninggal dunia lebih 100 tahun lalu dijumpai di bawah papan lantai di sebuah rumah di Fore Bondgate, Bishop Auckland, County Durham.

Menurut Mirror UK, penemuan mencurigakan rangka bayi baru lahir itu dibuat ketika kerja-kerja pengubahsuaian dibuat di rumah berkenaan pada minggu lepas.

Rangka bayi tersebut yang dibalut dengan surat khabar ditemui ketika kontraktor membuka papan lantai rumah tersebut. Pemeriksaan yang dibuat turut menemui seutas tali pada bahagian leher rangka berkenaan.

Jumpa cebisan surat khabar bertarikh pada 1910

Susulan itu, Polis Durham kini sedang menjejaki penghuni terdahulu rumah berkenaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan penemui itu.

Pemeriksaan yang dibuat pada cebisan surat khabar yang digunakan untuk membalut bayi berkenaan pula mendapati ia diterbitkan pada 1910.

Dalam pada itu, ujian awal forensik yang dibuat menganggarkan rangka berkenaan milik bayi berusia 40 minggu, namun jantinanya tidak dapat disahkan.

Bagaimanapun, Polis Durham mengesahkan ujian forensik lebih terperinci akan dibuat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Ujian yang akan dibuat termasuklah penentuan usia menerusi pentarikhan radiokarbon untuk mengesahkan penemuan awal.

Menurut Mirror UK lagi, bangunan yang menempatkan rumah berkenaan dibina pada zaman Victoria dimana ia turut menempatkan sebuah unit ibu dan bayi yang dikendalikan pihak gereja.

Tetapi, polis percaya bayi berkenaan disorokkan di bawah lantai berkenaan lebih lama, sebelum daripada tempoh tersebut.

Pihak polis kini sedang mengumpul maklumat

Sementara itu, Ketua Detektif Durham Constabulary, Inspektor Mel Sutherland berkata bukti menunjukkan kejadian ini berlaku sangat lama dahulu.

Ia sekaligus menyukarkan pihaknya untuk menyiasat apa yang berlaku pada waktu tersebut.

“Tetapi kami masih mempunyai tanggungjawab terhadap bayi itu.

“Fokus utama adalah untuk mengetahui siapa bayi itu, apa yang berlaku, dan bagaimana ia boleh berada di bawah papan lantai rumah itu.

“Sebaik sahaja kami menyelesaikan kes ini, saya akan pastikan bayi kecil ini diberi upacara pengebumian yang sesuai dan penuh hormat,” katanya.

Ujar polis lagi, pihak mereka kini sedang mengumpul maklumat sejarah tentang pemilikan rumah terbabit dari tahun 1900 hingga 1920.

Selain itu, ia termasuk mendapatkan rekod dan mengesan salasilah keluarga untuk mengenal pasti ahli keluarga lain yang masih hidup.

BACA: Pengembala Kambing Mengaku Tidak Bersalah Tangkap, Simpan Harimau Kumbang

Sumber: Mirror UK

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.