Siakap Keli
Geran Kenderaan
Kredit: MyJPJ

Mudah Je, Ini Cara Nak Akses Geran Kenderaan Melalui Aplikasi MyJPJ

Mudah Je, Ini Cara Nak Akses Geran Kenderaan Melalui Aplikasi MyJPJ

Kini, semakin ramai yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk pelbagai urusan, terutamanya yang berkaitan dengan pembayaran. Ini kerana ia lebih mudah dan cepat berbanding berurusan secara bersemuka.

Menurut portal MyJPJ, selain menyemak lesen kenderaan, lesen memandu dan aduan kesalahan jalan raya, aplikasi ini turut menawarkan penyelesaian komprehensif untuk hampir semua keperluan pengangkutan jalan pengguna di Malaysia.

Secara umumnya, geran adalah pendaftaran sebuah kereta yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia merekodkan maklumat kereta beserta pemiliknya serta tarikh pendaftaran.

Difahamkan, aplikasi MyJPJ kini mempunyai menu ketiga, selain daripada Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor, iaitu Sijil Pemilikan Kenderaan.

Untuk mendapatkan ciri baharu ini, pengguna perlu mengemas kini aplikasi MyJPJ dalam peranti kepada versi terbaru.

Pertama sekali, tekan bahagian Profil yang dipaparkan di bawah. Kemudian, pengguna akan melihat terdapat tiga pilihan yang tersedia dalam aplikasi ini.

Selepas itu, tekan pada bahagian Sijil Pemilikan Kenderaan dan nombor pendaftaran kenderaan persendirian akan dipaparkan dalam aplikasi ini.

Jika anda memiliki kedua-dua kenderaan seperti kereta dan motosikal, aplikasi MyJPJ akan memaparkan nombor pendaftaran secara automatik kepada pengguna.

Aplikasi MyJPJ yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) merupakan langkah tepat dalam memodenkan perkhidmatan pengangkutan jalan raya di negara ini.

Dengan pelbagai ciri yang tersedia, ia mampu menawarkan penyelesaian yang mudah dan cekap untuk semakan lesen kenderaan dan pemandu, pemeriksaan saman, perkhidmatan awam dan banyak lagi secara digital, tanpa memerlukan pengguna untuk pergi ke cawangan JPJ.

BACA: Olimpik Paris 2024: Kontinjen Indonesia Jadi Mangsa Kecurian Berjumlah RM262,200

BACA: Bomba Ajar Padam Kebakaran Peringkat Awal Guna Bancuhan Cecair Pencuci Pinggan

Sumber: MyJPJ

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.