Siakap Keli
Tak Guna Alat Pemadam Api
Kredit: @krolnua85

Bomba Ajar Padam Kebakaran Peringkat Awal Guna Bancuhan Cecair Pencuci Pinggan

Bomba Ajar Padam Kebakaran Peringkat Awal Guna Bancuhan Cecair Pencuci Pinggan

Kebakaran merupakan satu musibah yang tidak terduga, dan ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti cuaca, kecuaian individu dan sebagainya.

Kebiasaannya, kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan nyawa orang yang tinggal berdekatan berada dalam risiko.

Apabila berlaku kebakaran di rumah, kita pasti berasa panik dan hilang kawalan kerana terkejut.

Dalam sesetengah kes pula, ada rumah yang hangus terbakar sementara menunggu bantuan daripada pasukan bomba.

Sebagai langkah pencegahan awal, anda sebenarnya boleh berusaha untuk memadamkan kebakaran dengan cara yang mudah.

Guna cecair pencuci pinggan untuk padam kebakaran kecil

Video demonstrasi memadamkan kebakaran pada peringkat awal oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, @krolnua85.

Dalam video yang dikongsikan oleh @krolnua85, anda hanya memerlukan bancuhan air dan cecair pencuci pinggan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada minyak.

Menurut anggota bomba tersebut, bancuhan cecair pencuci pinggan boleh digunakan dalam keadaan kecemasan terutama jika tiada alat pemadam api di kediaman yang terbakar.

Di samping itu, ia juga merupakan alternatif kepada alat pemadam kebakaran jenis “dry powder”.

“Sekiranya di rumah tuan-tuan tiada alat pemadam api jenis ‘dry powder’, tuan-tuan boleh menggunakan air cuci pinggan.

“Gunakan bancuhannya untuk memadam kebakaran di rumah pada peringkat awal. Kalau tiada alat pemadam api di rumah, ini caranya, bancuh dengan air cuci pinggan dan kita padam,” kata anggota tersebut.

Tidak digalakkan padam api kebakaran dengan simbahan air

Tambah anggota berkenaan lagi, kebakaran yang berpunca daripada minyak tidak boleh dipadamkan dengan simbahan air kerana api boleh menjadi semakin marak.

Video berdurasi 02:06 minit itu juga memperlihatkan anggota lain memadamkan api yang berpunca dari petrol menggunakan dua cebok bancuhan cecair pencuci berkenaan.

@krolnua85

#caracegahkebakaran #bomba #fypシ゚viral #childrenjoggerpants #fyp

♬ original sound – k.rol@nua@bdullah – k.rol@nua@bdullah

Semoga perkongsian memadamkan kebakaran dengan menggunakan bancuhan cecair pencuci pinggan ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

BACA: Kenali Lee Zii Jia, Pemenang Pingat Gangsa Perseorangan Lelaki Olimpik 2024

BACA: Mat Saleh Puji Malaysia Kerana Monorel Raih Perhatian Ramai

BACA: Sakit Hati Selalu Ditanya Bila Nak Kahwin, Lelaki Pukul Jiran Sehingga Maut

Sumber: @krolnua85

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.