Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sakit Hati Selalu Ditanya Bila Nak Kahwin, Lelaki Pukul Jiran Sehingga Maut
Seorang lelaki dilapor nekad membunuh jiran sendiri gara-gara tidak tahan kerana sering ditanya bila hendak menamatkan zaman bujangnya oleh mangsa.
Menurut Tribun News, kejadian berkenaan dilapor berlaku di Pasar Simangambat, Kabupaten Tapanuli Selatan di Sumatera Utara pada 29 Julai lepas.
Dalam kejadian berkenaan, suspek yang berusia 45 tahun dilapor memukul mangsa menggunakan kayu sehingga meninggal dunia.
Pukul jiran hingga maut, sakit hati selalu ditanya bila nak kahwin
Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat (Kasi Humas) Kepolisian Resor Tapanuli Selatan, AKP Maria berkata suspek dan mangsa merupakan jiran serta mengenali antara satu sama lain.
Menurut Maria, ketika kejadian mangsa baru sahaja tiba di pasar berkenaan dengan menunggang motosikal, kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan, pada hari kejadian.
Secara tiba-tiba, suspek menghampiri mangsa dan memukul mangsa di bahagian kepala berkali-kali dengan menggunakan kayu.
“Mangsa sempat melarikan diri tetapi dikejar oleh suspek. Tindakan suspek hanya terhenti selepas dileraikan oleh seorang pengunjung pasar malam berkenaan yang merampas kayu berkenaan daripada suspek,” kata Maria.
Walaupun sempat diberi bantuan oleh orang ramai, mangsa dikapor meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Suspek kemudian berjaya ditahan oleh polis kira-kira sejam kemudian dan dibawa ke balai polis Tanapuli Selatan untuk tindakan lanjut.
BACA: Apa Jadi Dengan Bulu Tangkis Yang Diguna Setiap Kali Habis Perlawanan? Ini Jawapannya
BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN
BACA: Berjuang Habis-Habisan, Netizen Ucap Terima Kasih & Beri Semangat Kepada Beregu Negara
Sumber: Tribun News