Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
beregu negara
Kredit: Bernama

Berjuang Habis-Habisan, Netizen Ucap Terima Kasih & Beri Semangat Kepada Beregu Negara

Azizah Najib

Berjuang Habis-Habisan, Netizen Ucap Terima Kasih & Beri Semangat Kepada Beregu Negara

Paris — Kedua-dua pasukan beregu badminton lelaki dan wanita negara akur kepada pasukan beregu badminton dari China selepas tewas dalam perlawanan peringkat separuh akhir hari ini.

Pasukan beregu badminton wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tewas kepada Chen Qing Chen dan Jia Yifan dengan skor 12-21, 21-18, 15-21.

Dalam pada itu, lewat petang tadi pasukan beregu badminton lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turut tewas kepada pasukan nombor satu dunia, Liang Wei Keng dan Wang Chang dengan skor 21-19, 15-21, 21-17.

Biarpun ketinggalan tiga mata ketika pusingan kedua, Pearly-Thinaah masih bertenaga memberikan pihak lawan saingan. Atlet China, Jia Yi Fan kelihatan menahan kesakitan akibat tergolek apabila cuba mengelak smash yang dilakukan oleh Pearly Tan.

Sementara itu, pasangan beregu Aaron-Wooi Yik turut memberikan saingan sengit kepada pihak lawan apabila bangkit menyamakan kedudukan satu sama di set kedua perlawanan.

Sekalipun keempat-empat mereka tidak berjaya merebut pingat emas pada Olimpik kali ini, warga maya kekal memberikan semangat buat kedua pasangan beregu ini di media sosial.

BACA: Paris 2024: Zii Jia Lengkapkan Sesi Pemanas Badan, Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Beregu badminton Pearly-Thinaah tewas, berikan perlawanan yang hebat

“Sangat berbangga dengan mereka. Perlawanan yang hebat. Bermati-matian (pasukan) nombor satu dunia nak kasi kalah Malaysia. Kami sentiasa sokong anda,” puji seorang warga maya dengan penuh semangat.

“Kami tetap bangga walau kalah atau menang. Malaysia ku,” ucap seorang warga maya.

“Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tunjukkan dunia kehebatan mereka. Sangat bangga dengan mereka,” puji seorang lagi.

BACA: Ini Empat Negara Yang Hanya Hantar Seorang Atlet Di Olimpik Paris

“Perlawanan yang sukar tetapi dilakukan dengan baik. Come back stronger di Los Angeles, 2028,” ujar warga maya berkenaan perlawanan beregu itu tadi.

“Bagi tahu Pearly-Thinaah. Mereka main best gila so jangan down sangat sebab ada lagi satu perlawanan untuk dimenangi,” kata seorang warga maya, memberikan semangat buat kedua atlet negara.

“Datang ke Paris sebagai ‘underdog’. Sekarang mereka berlawan antara empat teratas untuk dapatkan pingat gangsa. Kami warga Malaysia amat bangga dengan awak berdua. Teruskan berjuang untuk pingat gangsa sekarang,” ujar seorang lagi warga maya.

beregu wanita malaysia
beregu wanita malaysia

Pasangan beregu wanita ini bakal berentap di pusingan akhir bagi merebut pingat gangsa dari pasukan Jepun, Nami Matsuyama dan Shida Chiharu, yang dijadualkan pada Sabtu.

Terdahulu, pasangan beregu ini berjaya mara ke peringkat separuh akhir apabila menewaskan pemenang pingat gangsa Olimpik lalu dari Korea Selatan, Kim So Yeong dan Kong Hee Yong. Kemenangan mereka menentang pasukan ke-10 dunia itu dinobatkan pada pagi Khamis dengan kemenangan 21-12, 21-13.

Beregu badminton Aaron-Wooi Yik tewas namun buat satu dunia tak senang duduk

“Tahniah dan terbaik. Aksi berlawan yang membuatkan satu dunia tak senang duduk. Anda berdua sememangnya layak untuk berada di final tetapi apakan daya rezeki tidak menyebelahi. Buatlah yang terbaik untuk pingat gangsa. Kami semua bangga dengan anda,” ucap seorang warga maya.

“Persembahan terbaik, kamu berdua dah mara ke separuh akhir dengan sangat cemerlang. Moga esok gangsa milik kamu berdua,” ujar seorang lagi.

“Memang fight perlawanan tadi. Tahniah, kalah bermaruah,” puji seorang warga maya terhadap permainan pasangan beregu itu.

“Tahniah kerana berjuang dengan sengit sekali. Tiada apa yang perlu dimalukan walaupun kalah,” kata seorang warga maya.

beregu lelaki malaysia

Peringkat seterusnya, pasukan beregu Aaron-Wooi Yik bakal berhadapan sama ada pasangan Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan atau Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark pada Ahad.

BACA: Goh Jin Wei Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Sumber: Olympic Council of Malaysia via Facebook, Astro ARENA, Stadium Astro, BERNAMA