Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jin wei mohon maaf
Gambar: BERNAMA

Goh Jin Wei Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Azizah Najib

Goh Jin Wei Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Paris — Perjuangan pemain perseorangan wanita profesional Malaysia, Goh Jin Wei di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir hari ini apabila tumpas kepada lawannya, atlet nombor 17 dunia, Kim Ga Eun.

Menerusi laporan Bernama, Jin Wei yang berusia 24 tahun itu terpaksa akur untuk menamatkan debut Olimpiknya setelah tewas dalam set ketiga.

Ketika ditemubual oleh wartawan Astro ARENA, Jin Wei menyatakan kesediaannya memperbaiki apa sahaja kekurangannya.

“(Perasaan) sangat bercelaru. Saya terima kekalahan ini dan (akan cuba) apa-apa yang boleh diperbaiki lagi,” ujarnya.

BACA: Paris 2024: Ga Eun Tamatkan Cabaran Jin Wei

Jin Wei turut memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kekalahannya itu.

Game plan tadi memang kena sabar kerana tekanan, saya pun takut saya cemas.

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tonton (perlawanan saya), sokong saya. Saya dah beri yang terbaik,” tambahnya lagi.

Warga maya kelihatan berpusu-pusu memberikan sokongan dan ucapan semangat kepada Jin Wei menerusi akaun Instagram miliknya.

“Kami rakyat Malaysia amat berbangga dengan awak, Jin Wei. Terima kasih atas usaha keras awak,” kata salah seorang.

BACA: Tiada Jurulatih, Ini Kisah Kecekalan Eric Moussambani Ketika Olimpik Sydney

“Tahniah Jin Wei. Kami amat berbangga dengan awak. Kami tonton (perlawanan) awak hari ini. Awak dah buat yang terbaik. Terima kasih sebab awak tak berputus asa,” luah seorang lagi warga maya.

“Anda seorang pejuang, kami semua bangga dengan kamu Wei Wei. Bangkit dengan lebih baik,” seorang lagi warga maya memberikan kata semangat kepada Jin Wei.

“Terima kasih Wei Wei di atas perjuangan kamu di Olimpik. Kami sangat berbangga dengan kamu. Kamu tunjukkan kami (semangat) untuk lawan hingga ke akhirnya. Terbaik GJW,” ujar seorang lagi warga maya.

Terdahulu, Jin Wei memulakan langkahnya di Olimpik dengan kemenangan 23-21, 21-11 dalam perlawanan menentang atlet Afrika Selatan, Johanita Scholtz pada Isnin.

BACA: Tiga Syarikat Tawar Ganjaran Tunai RM2 Juta Kepada Pemenang Emas Pertama Malaysia

Sumber: Astro ARENA via Instagram, Goh Jin Wei via Instagram