Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
negara seorang atlet olimpik
Gambar: Bertrand Guay/AFP

Ini Empat Negara Yang Hanya Hantar Seorang Atlet Di Olimpik Paris

Azizah Najib

Ini Empat Negara Yang Hanya Hantar Seorang Atlet Di Olimpik Paris

Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini menyaksikan sebanyak 184 buah negara menghantar wakil, menjadikan jumlah atlet seramai 10,500 orang. Daripada jumlah itu, Malaysia menghantar seramai 26 atlet untuk bertanding dalam pelbagai acara. Jumlah ini didapati sama jumlah dengan atlet dari Peru.

Dalam masa yang sama, negara terbanyak menghantar atlet ialah Amerika Syarikat dengan jumlah atlet seramai 594 orang. Manakala tuan rumah, Perancis menghantar seramai 572 orang diikuti Australia dengan jumlah atlet seramai 460 orang.

Walaupun jumlah atlet Malaysia nampak terlalu sedikit berbanding negara besar ini, namun ada negara yang menghantar atlet lebih sedikit iaitu hanya seorang atlet untuk mewakili satu negara.

BACA: Tiada Jurulatih, Ini Kisah Kecekalan Eric Moussambani Ketika Olimpik Sydney

Menurut laporan dari CBS News, terdapat empat buah negara yang menghantar seorang sahaja atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024. Negara-negara tersebut ialah Belize, Liechtensein, Nauru dan Somalia.

Senarai atlet bagi negara paling sedikit atlet

Atlet acara pecut 100 meter lelaki dari Belize, Shaun Gill ditemani Chief of Mission, Giovanni Alamilla dan Presiden Persatuan Atlet Belize (Belize Athletic Association, BAA) dilihat bergambar bersama di atas bot ketika perarakan masuk kontinjen negara itu.

Acara larian Shaun dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 3 Ogos.

Atlet Liechtensein pula, Romano Püntener yang baru berusia 20 tahun mewakili negaranya dalam acara berbasikal bukit. Biarpun hanya berjaya mendapat kedudukan ke-28, atlet yang pernah melalui pembedahan di bahu kanan itu tidak patah semangat untuk kembali beraksi.

atlet liechtenstein
Gambar: Liechtenstein Olympic via Instagram

BACA: Beg Bimbit Zico Bernilai USD 543,000 Dicuri Dalam Teksi Di Paris

“Ini merupakan perlumbaan terbaik saya. Saya bangga dengan diri saya,” katanya menerusi hantaran sebuah Instagram milik organisasi rasmi Olimpik Liechtensein.

atlet nauru
Gambar: Queensland Sport and Athletics Centre via Instagram

Mewakili negara tercintanya Nauru, Winzar Kakiouea turut akan beraksi dalam acara pecut 100 meter lelaki yang bakal berlangsung pada 4 Ogos nanti.

atlet somalia
Gambar: African Athletics United via Facebook

Akhir sekali, atlet acara larian 800 meter dari Somalia, Ali Idow Hassan terpilih buat kali kedua untuk mewakili negaranya di temasya sukan antarabangsa ini.

BACA: Macam Mana Sukan Bola Sepak Bermula? Ini Sejarahnya Yang Perlu Anda Tahu

Sumber: Olympics Games (1) (2), CBS News, Belize Olympic via Instagram, Liechtenstein Olympic, Queensland Sport and Athletics Centre via Instagram, ABC Pacific, News Blaze, African Athletics United via Facebook