Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bulu tangkis habis perlawanan
Kredit: AFP

Apa Jadi Dengan Bulu Tangkis Yang Diguna Setiap Kali Habis Perlawanan? Ini Jawapannya

Athirah

Apa Jadi Dengan Bulu Tangkis Yang Diguna Setiap Kali Habis Perlawanan? Ini Jawapannya

Badminton merupakan salah satu sukan utama dunia dan dipertandingan di Sukan Olimpik yang sedang berlangsung di Paris, Perancis ketika ini.

Di Olimpik, terdapat lima acara badminton yang dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Sejak dahulu lagi, sukan badminton sering menjadi sandaran utama Malaysia untuk mendapatkan pingat di temasya teragung itu. Lebih-lebih lagi ketika kita mahu menoktahkan pemburuan emas pertama negara.

Seperti yang kita semua sedia maklum, permainan badminton adalah sukan yang sangat pantas. Di dalam gelanggang, para pemain akan saling berbalas pukulan kencang yang sangat mengujakan.

Sekali-sekala, rali panjang juga boleh berlaku dan penonton tidak akan senang duduk menanti pengakhiran yang menentukan mata milik siapa.

Apa jadi dengan semua bulu tangkis yang digunakan selepas habis perlawanan?

Untuk badminton dimainkan, dua kompenan utama yang perlu ada adalah raket dan bulu tangkis. Berbeza dengan raket yang dapat bertahan lama dan jarang ditukar, bulu tangkis lebih kerap ditukar dalam permainan.

Lebih-lebih lagi dalam perlawanan elit peringkat tertinggi, bulu tangkis ditukar bersilih ganti. Adakalanya, sampai tidak sempat dihitung oleh penonton.

Namun begitu, bulu tangkis yang ditukar bersilih ganti dalam permainan ini sebenarnya masih dalam keadaan baik, sekali gus masih boleh terus digunakan.

Di sini, timbulah satu pertanyaan. Apa yang akan terjadi dengan bulu tangkis yang ditukar itu? Apakah bulu tangkis berkenaan tidak akan digunakan lagi selepas ini walaupun masih berada dalam keadaan baik?

Bulu tangkis yang telah digunakan tidak akan dibuang, namun akan ‘dikitar semula’

Menurut seorang Youtuber, CK Yew menjelaskan bahawa bulu tangkis yang digunakan dalam perlawanan-perlawanan peringkat tertinggi memang sebenarnya berada dalam keadaan yang cukup baik.

Jadi, bulu-bulu tangkis berkenaan tidak akan dibuang begitu sahaja. Sebaliknya, ia akan dikumpul semula dan akan dikembalikan oleh penganjur pertandingan kepada penaja atau pihak yang membayar semua bulu tangkis tersebut.

Kemudian, mereka akan menentukan sendiri bagaimana mahu menguruskan bulu tangkis yang sudah digunakan itu.

Biasanya, ia akan diserahkan ke kelab-kelab badminton tempatan yang atau diserahkan kepada mana-mana sekolah. Penaja juga biasanya menyerahkan bulu tangkis berkenaan kepada rakan-rakan penaja yang lain.

Bulu tangkis itu juga boleh digunakan untuk latihan-latihan para pemain sebagai persediaan untuk pertandingan akan datang.

Dua beregu utama negara tewas kepada China

Dalam perkembangan terkini Sukan Olimpik, hasrat beregu lelaki dan wanita negara untuk mara ke perlawanan akhir acara masing-masing tidak kesampaian.

Ia selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada lawan masing-masing, yang kedua-duanya merupakan wakil dari China sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, perjuangan mereka masih belum berakhir kerana akan turun dalam perlawanan terakhir untuk penentuan pingat gangsa.

BACA: Perhilitan Kelantan Tangkap Gajah Liar Di Jeli

Sumber:

CK Yew via Youtube,

Stadium Astro