Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Perhilitan Kelantan
Kredit: Bernama

Perhilitan Kelantan Tangkap Gajah Liar Di Jeli

Athirah

Perhilitan Kelantan Tangkap Gajah Liar Di Jeli

KOTA BHARU, 2 Ogos (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Sungai Long, Jeli, pada Selasa lepas.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata operasi tangkapan melibatkan tujuh anggota dari Pejabat Perhilitan Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan yang telah menjalankan pemantauan di kampung itu.

Beliau berkata Perhilitan telah menerima aduan penduduk pada 30 Julai lepas mengenai gangguan haiwan liar berkenaan.

“Kejayaan operasi tangkapan gajah liar ini diharap akan mengurangkan kebimbangan penduduk dan kerugian berterusan yang dialami akibat kemusnahan tanaman dan kerosakan harta benda kesan daripada konflik gajah liar berkenaan.

“Perhilitan akan melaksanakan operasi pemindahan dan pelepasan semula haiwan berkenaan ke habitat yang lebih sesuai dan selamat dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Hafid berkata operasi pemindahan akan melibatkan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dengan dibantu oleh kakitangan Perhilitan Kelantan.

“Perhilitan ingin menjelaskan bahawa tindakan itu adalah bagi mengurangkan konflik hidupan liar yang berlaku di kawasan ini dengan memberi khidmat nasihat kepada penduduk khususnya pekebun, agar mengambil langkah-langkah mitigasi termasuk memasang lampu LED Biru di jejak yang dikenal pasti sebagai laluan masuk Gajah liar ke kebun.

“Oleh itu, penduduk diminta sentiasa membersihkan kebun dan tidak dibiarkan bersemak samun serta membina Sistem Pagar Elektrik Gajah di sekeliling kawasan kebun,” katanya.

Beliau berkata Perhilitan juga ingin memaklumkan bahawa tangkapan dan pemindahan gajah liar yang menganggu bukanlah penyelesaian jangka panjang memandangkan kawasan itu, berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kekal Gunung Basor yang dianggarkan mempunyai populasi gajah lebih daripada 50 ekor.

“Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkankepada Perhilitan melalui talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” katanya.

BACA: Ini Empat Negara Yang Hanya Hantar Seorang Atlet Di Olimpik Paris

BACA: Rangka Ibu & Anak Ditemui Dalam Rumah, Disyaki Meninggal Sejak Lima Tahun Lalu

Sumber: Bernama