Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
rangka ibu anak ditemui
Gambar: Kompas.com

Rangka Ibu & Anak Ditemui Dalam Rumah, Disyaki Meninggal Sejak Lima Tahun Lalu

Azizah Najib

Rangka Ibu & Anak Ditemui Dalam Rumah, Disyaki Meninggal Sejak Lima Tahun Lalu

Bandung, Indonesia — Warga kawasan perumahan di Kampung Tani Wulya, Bandung Barat gempar dengan penemuan dua rangka manusia pada Isnin.

Menurut laporan Kompas, rangka itu dipercayai milik seorang ibu berusia 55 tahun dan anaknya, 24 tahun. Kedua rangka tersebut dijumpai oleh suami mangsa yang telah lama tidak tinggal sebumbung sejak 2014.

Apabila suami mangsa tiba di tempat kejadian, pintu rumah dalam keadaan berkunci dari dalam. Dengan bantuan penduduk di sana, mereka berjaya memecahkan pintu tersebut.

Kedua-dua mangsa disyaki telah meninggal dunia sejak lima tahun lalu.

Pun begitu, punca kematian masih tidak dapat diketahui berikutan kehidupan mangsa yang menyendiri.

BACA: Pempengaruh Motosikal Terkenal, MotoTanya Maut Akibat Kemalangan

Pemangku Ketua Kampung Tani Mulya, Wawan Sutisna berkata, ketika pintu rumah dipecahkan, keadaan di dalam rumah sudah usang.

Tambahnya lagi, penduduk tidak mengetahui lokasi mangsa berikutan mereka menyangka kedua ibu dan anak itu telah berpindah.

“Penduduk tempatan juga tidak tahu ada orang di sini. Rumah juga kelihatan kosong dan bekalan elektrik telah lama diputuskan,” katanya lagi.

Menurut salah seorang jiran kepada mangsa, papan tanda rumah untuk dijual telah lama diletakkan di rumah berkenaan.

Sebelum ini, nombor tertera telah beberapa kali cuba dihubungi oleh mereka yang ingin bertanya tentang penjualan rumah tersebut. Namun, panggilan didapati tidak aktif.

Rangka ibu dan anak ditemui, jiran tidak mengesyaki keberadaan mangsa

Individu tersebut turut mengakui tidak mencurigai keberadaan mangsa dan anaknya di situ berikutan kali terakhir mangsa dilihat berada di situ sebelum Covid-19.

BACA: Karam Sejak 55 Tahun Lalu, Bangkai Kapal MV Noongah Akhirnya Ditemui

“Kali terakhir kami bertemu sebelum Corona (Covid-19), saya lupa tahun dan kami langsung tidak berbual. Ketika kami lalu, kami bekerja di belakang (rumah) jadi kami lalu sahaja,” katanya.

Menurutnya lagi, disebabkan sudah tidak lagi kelihatan, dia berpendapat jirannya itu telah berpindah.

“Jadi memandangkan kami tidak lagi bertemu, kami mengagak dia telah berpindah dan meminta surat berpindah dari Ketua Rukun Warga (Community Unit),” tambahnya lagi.

Seorang lagi jiran mangsa mendakwa mendengar perkhabaran perpindahan itu dari mangsa sendiri.

“Masa itu dia beritahu nak pindah ke Cisarua, lalu memohon maaf. Dia kata kalau ada waktu dia akan ke sana. Sebab itu saya tidak datang lagi ke sini (rumah mangsa),” katanya.

BACA: Bekas Menteri Siti Zaharah Meninggal Dunia

Sumber: Kompas.com (1), (2), (3)