Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Ibu Mentua
Kredit: @ndyayysof

Layan Seperti Anak Sendiri, Ibu Mentua Beri Hadiah ‘Istimewa’ Kepada Lima Menantu

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Layan Seperti Anak Sendiri, Ibu Mentua Beri Hadiah ‘Istimewa’ Kepada Lima Menantu

Bagi setiap menantu, mempunyai keluarga mentua yang sangat menyayanginya dan tidak membanding-bandingkan dengan anak-anak lain merupakan satu rahmat yang cukup besar.

Apabila menantu diterima seadanya serta dilayan dengan adil, ia mampu memupuk rasa selesa, dihargai dan lebih mudah menyesuaikan diri dalam keluarga baharu.

Sejak dulu, kita sering dimomokkan dengan watak ibu mentua yang garang dan tidak suka akan menantu sehingga membuatkan sesetengah individu terutamanya golongan wanita gerun untuk pulang ke rumah mentua.

Ibu mentua beri 'hadiah' kepada lima menantu

Namun, hal tersebut berbeza dengan pengguna TikTok yang berkongsi momen bahagia bersama ibu mentuanya yang amat menyayangi kelima-lima menantunya tanpa pilih kasih.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ndyayysof, ibu mentuanya kelihatan meletakkan lima bekas berisi gelang emas di atas meja sebagai tanda penghargaan buat menantu-menantunya.

Lebih menyentuh hati, ibu mentuanya turut memakaikan sendiri gelang emas tersebut kepada setiap menantu, bermula daripada menantu pertama hingga menantu kelima.

Turut kelihatan wajah gembira si ibu ketika memberikan kejutan tersebut, manakala kesemua menantu jelas terharu menerima pemberian yang cukup bernilai daripada insan yang begitu istimewa.

"Alhamdullilah. Semoga mentuaku diberi kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu," ujar @ndyayysof di dalam video berkenaan.

"Rezeki dapat mentua yang baik"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok turut menzahirkan rasa gembira dan terharu melihat kesemua wanita tersebut dikurniakan keluarga mentua yang begitu terbuka dan menerima mereka dengan penuh kasih sayang.

"Seronoknya tengok... saya ada empat orang anak lelaki. Insya-Allah, nanti saya akan cuba layan menantu seperti anak sendiri," komen seorang warga maya.

"Sis, awak berjaya jatuhkan air mata rindu yang teramat sangat yang dah lama simpan… rindu arwah MIL sangat-sangat

"Menantu perempuan atau anak perempuan tetap sama, tak ada pilih kasih, tak ada istilah ini anak, itu menantu. Seorang dapat RM1, semua dapat RM1. Tak kira kecil atau besar, tetap sama jumlahnya," komen seorang lagi warga maya.

Sumber:@ndyayysof