Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Jangan Panaskan Semula Makanan Ini Dalam "Microwave"
Seiring dengan peredaran zaman, perkembangan teknologi telah banyak memudahkan kehidupan manusia dalam menjalani aktiviti harian.
Pelbagai ciptaan moden diperkenalkan bagi menjimatkan masa dan tenaga.
Sebagai contoh, ketuhar gelombang mikro atau microwave oven berfungsi untuk memanaskan makanan dengan lebih cepat dan efisien.
Namun begitu, bukan semua makanan sesuai dipanaskan semula di ketuhar gelombang mikro.
Sehubungan itu, SK ingin menerangkan kepada anda bahawa terdapat makanan tertentu yang boleh mengalami perubahan sifat, kehilangan nutrien, malah berpotensi membahayakan kesihatan.
Menurut Reader’s Digest, ramai yang tidak menyedari bahawa cara penggunaan ketuhar gelombang mikro yang salah boleh mendatangkan risiko serius.
Oleh itu, terdapat lima jenis makanan yang wajar dielakkan, lengkap dengan penjelasan sebab serta kaedah selamat untuk memanaskannya semula.
Telur rebus, sama ada masih berkulit atau telah dikupas, boleh bertindak seperti bom wap apabila dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Air di dalam telur akan bertukar menjadi wap dengan pantas lalu meningkatkan tekanan, sekali gus menyebabkan telur meletup selepas dikeluarkan.
Bagi tujuan keselamatan, potong telur kepada bahagian yang lebih kecil terlebih dahulu atau gunakan kaedah pemanasan lain seperti mengukus.
Kentang yang sudah dimasak dan dibiarkan lama boleh mengandungi bakteria Clostridium botulinum, penyebab botulisme.

Ketuhar gelombang mikro tidak dapat membunuh bakteria ini. Simpan kentang di peti sejuk selepas dimasak dan panaskan semula menggunakan oven atau kuali untuk keselamatan.
Menurut Reader’s Digest, ketuhar gelombang mikro juga tidak semestinya mampu memusnahkan semua bakteria yang terdapat dalam nasi, terutamanya Bacillus cereus yang mempunyai ketahanan tinggi terhadap haba.

Toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini boleh menyebabkan keracunan makanan dengan gejala seperti cirit-birit dan loya.
Justeru, nasi hendaklah dipanaskan sehingga benar-benar panas secara sekata, dimakan segera dan tidak dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik kerana keadaan tersebut menggalakkan pembiakan bakteria.
Selain itu, isi ayam yang dipanaskan semula dalam ketuhar gelombang mikro berisiko tinggi kerana bakteria seperti salmonella tidak terhapus sepenuhnya.

Ketuhar gelombang mikro memanaskan makanan secara tidak sekata, menyebabkan bahagian luar terasa panas tetapi bahagian dalam mungkin masih belum mencapai suhu selamat.
Untuk lebih yakin ayam dipanaskan sepenuhnya, gunakan ketuhar atau panaskan di atas kuali supaya haba tersebar dengan lebih sekata.
Bayam, kale dan saderi mengandungi nitrat semula jadi yang sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

Akan tetapi, apabila ia dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro, nitrates boleh bertukar menjadi nitrosamin, bahan yang mencetuskan kanser.
Cara selamat ialah makan sejuk, kukus atau panaskan dalam oven.