Siakap Keli
siti zaharah meninggal dunia
Gambar: BERNAMA

Bekas Menteri Siti Zaharah Meninggal Dunia

Bekas Menteri Siti Zaharah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya

Allahyarham, bekas Ketua Wanita UMNO dan bekas Ahli Parlimen Paya Besar, berusia 75 tahun.

“Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman baru sahaja di jemput menemui penciptanya (11:23pm). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

“Banyak Arwah titipkan nasihat dan pesanan kepada saya selama ini. Pastinya akan saya simpan kemas dalam hati sebagai azimat dan panduan, ” katanya.

Sementara itu, anak sulung kepada Siti Zaharah, Timoer Dzakry Samarudin memberitahu Bernama, ibunya meninggal dunia di Hospital Serdang, dekat sini.

Beliau berkata jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam, Selangor pada 11.30 pagi ini.

Anak perempuan Siti Zaharah, Siti Amalia turut berkongsi berita sedih itu di laman Facebooknya.

BACA: Tiga Syarikat Tawar Ganjaran Tunai RM2 Juta Kepada Pemenang Emas Pertama Malaysia

“Inna lillaahi wa inna ilaihi rooji’un. Al-Fatihah. Semua yang ada tidak ada yang kekal. Setiap yang hadir dalam hidup akan kembali kepada Pencipta-Nya. Damailah ibu di sana.

“Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan ibu yang telah banyak berkorban dan penyayang kepada kami … sungguh, telah pergi nikmat yang besar ini. Moga kami terus menjadi hamba-Mu yang bersyukur,” katanya.

Siti Zaharah yang juga Pengerusi Institut Kemajuan Wanita Malaysia (IKWAM) dilahirkan pada 24 April 1949 dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan antaranya Timbalan Perancangan, Dewan Bahasa dan Pustaka (1980-1986), Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri (1986), Timbalan Menteri Kesihatan (1995-1999) dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (1999-2004).

Dalam politik, beliau pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Pahang, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen Mentakab, Ahli Parlimen Paya Besar dan Ketua Wanita UMNO.

Sumber: BERNAMA

BACA: MOP KLIA Sepang Buat Promo Kaw-Kaw Sampai 70%, Banyak Butik “Branded” Buang Harga

BACA: Anggota Polis Didakwa Atas Tuduhan Membunuh Nur Farah Kartini

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.