Siakap Keli
Gambar: Bernama

Anggota Polis Didakwa Atas Tuduhan Membunuh Nur Farah Kartini

Anggota Polis Didakwa Atas Tuduhan Membunuh Nur Farah Kartini

HULU SELANGOR, 26 Julai (Bernama) — Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit.

Anggota polis berumur 26 tahun yang bertugas di Perak itu didakwa membunuh Nur Farah Kartini, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di ladang kelapa sawit SKC Kledang, Hulu Bernam, antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang pada 15 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza kerana kes melibatkan hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes seterusnya.

“Saya mohon tarikh sebutan seterusnya bagi menyerahkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan telekomunikasi,” katanya pada prosiding yang dipenuhi ahli keluarga tertuduh dan mangsa serta media.

Tertuduh diwakili peguam Aida Jaafar Mad Ariff dan Nur Aida Md Zainuddin.

BACA: Nur Farah Kartini: Penjawat Awam Ditahan Dibawa Ke Mahkamah Untuk Reman

Mahkamah menetapkan 30 Ogos untuk sebutan semula kes.

Sebelum prosiding bermula, seorang anggota polis memberi peringatan agar keluarga tertuduh dan Nur Farah Kartini mengawal emosi semasa prosiding kes berlangsung.

Tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna hitam tiba di mahkamah pada 9.05 minit dengan diiringi anggota polis.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Anggota Polis Akan Didakwa Hari Ini

BACA: Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik Jumpa Kunci Kereta

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.