Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kapal mv noongah ditemui
Gambar: Maritime Union Of Australia

Karam Sejak 55 Tahun Lalu, Bangkai Kapal MV Noongah Akhirnya Ditemui

Azizah Najib

Karam Sejak 55 Tahun Lalu, Bangkai Kapal MV Noongah Akhirnya Ditemui

Australia — Bangkai Kapal MV Noongah yang telah karam di perairan deras Smoky Cape 55 tahun lepas ditemui baru-baru ini, lapor BBC.

Pihak Maritime Union Of Australia telah mengeluarkan siaran media tentang penemuan kapal karam tersebut di perairan yang sama ia dilaporkan karam.

Terdahulu, penduduk tempatan melaporkan mereka menjumpai bangkai kapal karam di laut dalam perairan South West Rocks. Penemuan beberapa tahun yang lalu itu menunjukkan terdapat kapal karam sejauh 460 kilometer dari utara Sydney.

Bangkai kapal karam tersebut disyaki kapal MV Noongah namun keadaan teknologi dan pengetahuan menyelam ketika itu tidak dapat membantu dalam proses mengenal pasti.

BACA: Malaysia “Top 3”, Gemar Tempah Penginapan Dengan Kolam Renang Ketika Bercuti

Namun pada bulan lalu, sebuah kapal berteknologi tinggi milik agensi sains kebangsaan Australia, The Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO) telah dihantar untuk siasatan lanjut.

“Mereka temui sebuah bangkai kapal karam, sebahagian besarnya masih utuh dan dalam kedudukan yang tegak di dasar laut, 170 meter bawah permukaan.

“Kesemua dimensi utamanya sepadan dengan (kapal) Noongah,” kata CSIRO.

Lokasi bangkai MV Noongah disahkan melalui projek kerjasama antara CSIRO, Heritage New South Wales (NSW) dan The Sydney Project.

BACA: Kenali Larry, Si Bulus Yang ‘Bertugas’ Di Pejabat Perdana Menteri UK

Menurut laporan, kapal pengangkut sepanjang 71 meter itu membawa muatan keluli dari Pelabuhan Newcastle menuju ke Pelabuhan Townsville.

Namun, perjalanan itu tidak sampai ke destinasi apabila kapal tersebut bertembung dengan cuaca ribut yang berlaku pada 25 Ogos 1969. Beberapa minit selepas isyarat kecemasan dihantar, kapal tersebut karam dengan mengorbankan 21 nyawa.

Kejadian tersebut merupakan tragedi yang melibatkan misi mencari dan menyelamat berskala besar di Australia ketika itu. Hanya lima daripada 26 orang anak kapal berjaya diselamatkan.

Selepas kira-kira 12 jam, mereka menemui dua lelaki berada di dalam bot penyelamat yang berasingan dan tiga lagi berpaut pada papan kayu.

BACA: Menakjubkan, Gurun Atacama Dilitupi Bunga Ungu & Putih Selepas Hujan Luar Biasa

Sumber: Maritime Union Of Australia, BBC