Siakap Keli
Kredit: AFP

Menakjubkan, Gurun Atacama Dilitupi Bunga Ungu & Putih Selepas Hujan Luar Biasa

Menakjubkan, Gurun Atacama Dilitupi Bunga Ungu & Putih Selepas Hujan Luar Biasa

Sebahagian besar kawasan di gurun Atacama bertukar ungu apabila ditutupi pokok bunga berwarna ungu dan putih yang tumbuh selepas berlaku hujan yang luar biasa di utara Chile, lapor AFP.

Kebiasaannya, fenomena ‘desert bloom‘ atau bunga mekar di padang pasir ini berlaku beberapa tahun sekali ketika musim bunga. Fenomena ini hanya boleh berlaku jika keadaan dan persekitarannya sesuai.

BACA: Destinasi Pencinta Alam, Ini Antara Lokasi Menarik Di Sekitar Labuan Bajo

Tetapi kali ini, kemunculan bunga-bunga ungu dan putih ketika musim sejuk merupakan satu kejadian yang sudah lama tidak berlaku. Kali terakhir fenomena ini terjadi ialah dalam tahun 2015.

Ketua Pusat Pemuliharaan Biodiversiti di Perbadanan Perhutanan Nasional Chile, Cesar Pizarro berkata hujan lebat dengan intensiti kira-kira 11 hingga 12 milimeter pada bulan April dan beberapa keadaan persekitaran lain membantu pertumbuhan bunga tersebut.

padang pasir bertukar ungu
Kredit: AFP

“Hujan lebat antara 11 hingga 12 milimeter (hampir setengah inci) dalam April ditambah litupan awan rendah yang tebal di kawasan tersebut (menyebabkan) permukaan ini basah setiap malam, membantu mengaktifkan tumbuhan ini,” lapor AFP.

Ketika musim bunga, fenomena bunga mekar di padang pasir ini mampu menutupi lebih 15,000 kilometer per segi. Manakala fenomena mekar di musim sejuk kali ini pula hanya meliputi beberapa ratus kilometer per segi.

Kebiasaannya, terdapat lebih 200 spesis bunga mekar apabila fenomena ini mencapai kemuncaknya.

Kredit: AFP

BACA: Kenali Larry, Si Bulus Yang ‘Bertugas’ Di Pejabat Perdana Menteri UK

Keadaan cuaca baru-baru ini dilihat bersesuaian untuk menumbuhkan bunga pata de guanaco atau nama saintifiknya, cistanthe grandiflora. Bunga berwarna ungu ini hanya perlukan air yang sedikit dan lebih sesuai tumbuh di kawasan berpasir.

Kredit: AFP

Menurut Pizarro, para saintis masih belum dapat mengenal pasti sama ada fenomena ini termasuk yang berlaku pada 2015 berkait rapat dengan perubahan iklim atau tidak.

Saintis juga tidak dapat mengenal pasti sama ada El Nino atau La Nina turut berperanan dalam kejadian ini.

Sumber: AFP

BACA: Malaysia “Top 3”, Gemar Tempah Penginapan Dengan Kolam Renang Ketika Bercuti

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.