Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
mototanya maut akibat kemalangan
Kredit: Tanechka Ozolina via Instagram

Pempengaruh Motosikal Terkenal, MotoTanya Maut Akibat Kemalangan

Azizah Najib

Pempengaruh Motosikal Terkenal, MotoTanya Maut Akibat Kemalangan

Penunggang motosikal dan pempengaruh Rusia, Tatyana Ozolina atau lebih dikenali dengan nama MotoTanya dilaporkan maut selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya, lapor The Sun.

Menurut laporan, motosikal BMW S1000RR 2015 miliknya telah hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah trak di Milas, Turkiye. Mendiang meninggal dunia di tempat kejadian sebelum paramedik tiba.

Seorang lagi penunggang, Onur Obut yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut mengalami cedera parah dan sedang dirawat di sebuah hospital manakala penunggang ketiga tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Beberapa pengguna media sosial Rusia pula mendakwa kemalangan yang meragut nyawa pempengaruh itu disebabkan motosikal milik Onur bergesel dengan motosikal milik mendiang yang berada di hadapan.

Bagaimanapun, pihak polis masih lagi sedang menyiasat kemalangan tersebut.

BACA: Karam Sejak 55 Tahun Lalu, Bangkai Kapal MV Noongah Akhirnya Ditemui

Pempengaruh yang turut digelar ‘penunggang motosikal paling cantik’ itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia 13 tahun.

Menurut The Sun, sebelum ini mendiang merancang untuk menjelajah Eropah dengan motosikalnya. Namun, penjelajahannya terpaksa dibatalkan berikutan kemasukannya ke sana ditolak disebabkan sekatan terhadap Rusia. Perkara ini dipercayai akibat peperangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine.

Berikutan itu, mendiang meluahkan rasa kecewa dan beralih ke arah Turki.

“Saya sedih apabila saya tidak dapat menunggang dalam Eropah, tetapi tidaklah terlalu bersedih, sebab dah boleh agak akan berlaku.

“Jadi saya teruskan, menakluk kecantikan dan keramahan Turkiye yang suka menyambut tetamu,” luah mendiang dalam satu kiriman di Instagram.

Sementara itu, ketua Persatuan MotoMoscow, Andrei Ivanov menyampaikan ucapan takziah apabila mendengar perkhabaran duka itu.

BACA: Beg Bimbit Zico Bernilai USD 543,000 Dicuri Dalam Teksi Di Paris

“MotoTanya sudah tidak ada bersama kita lagi, dia mempunyai kehidupan yang indah dan cerah. Jutaan orang mengikutinya.

“Dia disayangi, dicemburui, dikagumi, diikuti, dianugerahkan sebagai penulis blog paling terkenal.

“Sekarang yang tinggal hanya memori. Selamat berehat,” katanya.

Dipetik dari sebuah akhbar, Komsomolskaya Pravda, mendiang digelar sebagai salah seorang penulis blog terkenal dalam industri permotoran.

BACA: Raja Dadah Mexico, ‘El Mayo’ Zambada Ditangkap

“Dia berkongsi dengan subscribers kisah penjelajahan dan minatnya terhadap kelajuan,” katanya.

Sumber: The Sun