Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
pemimpin tertinggi kartel sinaloa
Kredit: AFP

Raja Dadah Mexico, ‘El Mayo’ Zambada Ditangkap

Azizah Najib

Raja Dadah Mexico, ‘El Mayo’ Zambada Ditangkap

Amerika Syarikat — Pengasas bersama kartel dadah Sinaloa Mexico, Ismael Zambada Garcia yang dikenali sebagai ‘El Mayo’ telah ditangkap pada Khamis di Texas, lapor AFP.

El Mayo, 78, digelar oleh InSight Crime sebagai salah seorang pengedar dadah yang paling terkenal dalam sejarah Mexico.

Berdekad lamanya, pihak Amerika Syarikat (AS) telah cuba menjejaki penjenayah paling dikehendaki itu. El Mayo dipercayai tidak pernah menjalani hukuman penjara.

“Dia dikenali disebabkan sentiasa kekal tidak menonjolkan diri dan menumpukan kepada perniagaan berbanding keganasan. Tambahan pula, dia merupakan salah seorang pemimpin lama yang berjaya mengelak pengadilan sepanjang pelaksanaan jenayahnya,” tambah InSight Crime.

BACA: 1671 Pegawai, Anggota Polis Dibuang Kerja Dalam Tempoh 10 Tahun – JIPS Bukit Aman

USD 15 juta ditawarkan untuk maklumat berkaitan pemimpin tertinggi kartel Sinaloa

Sebelum ini, pihak AS pernah menawarkan ganjaran setinggi USD 15 juta bagi mendapatkan maklumat yang membawa kepada penangkapan El Mayo.

Peguam Negara AS, Merrick Garland menyifatkan kartel ini sebagai organisasi pengedaran dadah paling ganas dan berkuasa di dunia.

Menurutnya lagi, El Mayo berhadapan pelbagai pertuduhan di AS kerana mengetuai operasi jenayah kartel, termasuk rangkaian pembuatan dan pemerdagangan bahan kimia fentanil yang boleh membawa maut.

Melalui data yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit pada tahun 2023, AS menyaksikan lebih 107,000 kematian yang disebabkan salah guna dadah. Fentanil merupakan penyebab terbesar kepada kematian tersebut dengan 70 peratus dari keseluruhan angka kematian.

BACA: Jasad Zhang Zhi Jie Masih Belum Dituntut, Keluarga Minta Tempoh Seminggu Lagi

“Fentanil merupakan dadah paling bahaya yang pernah negara kita hadapi. Jabatan Kehakiman tidak akan berhenti sehingga setiap pemimpin, ahli dan sekutu kartel yang bertanggungjawab meracuni komuniti kita diadili,” tegas Garland.

Selain El Mayo, seorang lagi pemimpin tertinggi kartel tersebut turut ditangkap pada masa yang sama.

“Ismael Zambada Garcia atau ‘El Mayo’, pengasas bersama kartel, dan Joaquin Guzman Lopez, anak kepada seorang lagi pengasas bersama ditangkap hari ini di El Paso, Texas,” katanya.

Penangkapan kedua pemimpin tersebut memberi tamparan hebat terhadap kartel Sinaloa setelah pengasasnya, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di penjara berkeselamatan tinggi di AS.

El Chapo didapati bersalah pada 2019 kerana menjalankan operasi sindiket yang dipercayai terbesar di dunia.

Kartel yang diasaskan El Mayo itu pada awalnya bermula di sebelah barat laut Sinaloa, mereka terkenal sebagai kumpulan jenayah paling berkuasa dan ganas.

BACA: Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

Sumber: AFP