Siakap Keli
Kredit: AFP

Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

Pelakon warganegara United Kingdom dan Amerika Syarikat, Anya Taylor-Joy, 28, telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia, lapor Daily Mail.

Anya dinobatkan berdasarkan fomula Nisbah Emas Kecantikan Phi yang membuat pengiraan idea kesempurnaan fizikal pada wajah seseorang.

Formula ini merupakan persamaan matematik kuno Yunani untuk mengukur kecantikan seseorang yang diguna pakai oleh Leonardo Da Vinci suatu ketika dahulu.

Dengan menilai beberapa aspek seperti mata, kening, hidung, bibir, dagu, rahang dan bentuk muka, Anya menerima jumlah markah hampir sempurna daripada pakar bedah kosmetik.

BACA: Harith Iskander, Dr Jazemine Bercerai Talak Satu

Pakar bedah kosmetik Harley Street, Dr Julian De Silva berkata, Anya menjadi pemenang apabila kesemua aspek fizikal wajahnya diukur.

Formula tentukan bentuk wajah wanita tercantik di dunia

Dalam pada itu, beberapa nama terkenal dalam industri hiburan turut tersenarai sebagai wanita tercantik 2024 selepas Anya.

Antara nama yang muncul ialah pelakon popular, Zendaya Maree Stoermer Coleman, 28, pada kedudukan kedua. Model antarabangsa, Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid, 28, telah dinobatkan sebagai wanita ketiga paling cantik 2024.

BACA: MOP KLIA Sepang Buat Promo Kaw-Kaw Sampai 70%, Banyak Butik “Branded” Buang Harga

Pelakon filem Barbie, Margot Elise Robbie, 34, pula dinobatkan sebagai wanita keempat tercantik di dunia bagi tahun ini. Dia diikuti oleh pelakon dari Korea Selatan, Song Hye Kyo, 42, yang mula dikenali melalui drama Full House.

Penyanyi lagenda antarabangsa, Beyoncé Giselle Knowles-Carter, turut dinobatkan sebagai wanita keenam tercantik tahun ini ketika usianya menginjak 42 tahun.

Berada di kedudukan ketujuh sebagai wanita tercantik 2024, penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat yang berusia 34 tahun, Taylor Swift, dinobatkan setelah sebelum ini tersenarai sebagai pemain gitar kelapan terbaik dalam tempoh dua dekad.

BACA: Taylor Swift Disenarai Pemain Gitar Kelapan Terbaik Sepanjang Dua Dekad

Bagi kedudukan kelapan hingga ke-10, beberapa nama baru dinaikkan iaitu Zhang Ziyi, 45, Alia Bhatt, 31, dan Nazanin Boniadi, 44.

De Silva turut menyenaraikan peratusan tertinggi wanita tercantik mengikut kategori anggota badan. Nazanin mempunyai markah tertinggi bagi kesempurnaan hidungnya dengan 97 peratus manakala Song Hye-kyo mempunyai mata hampir sempurna dengan 99.7 peratus.

Dalam masa yang sama, Zendaya memiliki bibir paling cantik dengan markah 99.5 peratus manakala Anya mempunyai kening paling cantik dengan 94 peratus markah. Anya turut menerima gelaran dahi tercantik, bergandingan dengan Zendaya pada markah 98 peratus.

Menerusi senarai yang sama, Bella Hadid pula mempunyai dagu paling cantik dengan markah sebanyak 99.7 peratus. Bentuk wajah paling cantik pula jatuh kepada Beyonce dengan markah 99.6 peratus.

Sumber: Daily Mail, The Standard

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.