Siakap Keli
harith iskander bercerai
Kredit: Harith Iskander/Dr Jezamine Lim

Harith Iskander, Dr Jazemine Bercerai Talak Satu

Harith Iskander, Dr Jazemine Bercerai Talak Satu

Pelawak dan pelakon, Harith Iskander Musa, 58, hari ini telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Dr Jezamine Lim, 41, di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Siti Noraini Mohd Ali pada 12.05 tengah hari, lapor Gempak.

Peguam yang mewakili pasangan tersebut, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu permohonan perceraian dan nafkah telah difailkan dan diselesaikan serentak dalam hari yang sama.

“Kami ada failkan dua permohonan, satu permohonan cerai dan satu lagi nafkah. Yang permohonan cerai sudah selesai tadi, Harith melafazkan cerai pada 12.05 tadi dengan talak satu. Permohonan perceraian bersama.

BACA: Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai – JPN

“Manakala nafkah melibatkan anak-anak juga sudah selesai tadi. Tapi untuk permohonan Hadanah akan diadakan minggu hadapan,” katanya.

Menurut Akberdin lagi, perceraian yang berlaku berpunca dari tiada persefahaman. Namun, kedua pihak masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.

“Punca dia biasalah tiada persefahaman, semua berjalan secara baik dan mereka juga masih bersahabat baik demi anak-anak, tiada apa-apa masalah,” tambahnya lagi.

Terdahulu, rumah tangga mereka yang dibina selama selama 14 tahun menjadi perhatian apabila tular gambar Jazemine bersama peguam syarie tersebut.

BACA: Kenapa Filem Pecah Panggung Dipanggil “Blockbuster”? Ini Jawapannya

Berikutan itu, Harith mengakui kesilapan dirinya menjadi punca keretakan rumah tangga. Namun punca perceraian tidak dikongsikan secara terperinci oleh pelawak tersebut.

Selama 14 tahun bersama, Harith dan Jazemine dikurniakan tiga orang anak Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11 dan Zydane Zayne, 9 tahun.

Sepanjang kerjayanya sebagai pelawak, Harith pernah menerima anugerah Asia’s Best Stand-Up Comedian Award 2014 dari Majalah Top 10 of Asia. Dia juga pernah memenangi pertandingan Laugh Factory’s Funniest Person In The World pada 2016.

Menumpukan kerjaya dalam bidang jenaka, Harith turut berpengalaman sebagai pengacara, penulis dan pengarah beberapa persembahan di peringkat kebangsaan juga antarabangsa.

Pelawak kelahiran Johor ini turut pernah mengarahkan sebuah muzikal di Istana Budaya berjudul Lat, Budak Kampung.

BACA: Jasad Zhang Zhi Jie Masih Belum Dituntut, Keluarga Minta Tempoh Seminggu Lagi

Sumber: Gempak, Harith Iskander

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.