Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Taylor Swift Disenarai Pemain Gitar Kelapan Terbaik Sepanjang Dua Dekad
Penyanyi terkemuka dunia, Taylor Swift diumumkan menduduki tempat kelapan dalam senarai pemain gitar terbaik dalam tempoh dua dekad.
Pengumuman ini berdasarkan sebuah undian yang dibuat oleh guitarguitar bagi menyambut ulang tahun ke-20 syarikat tersebut. Guitarguitar telah melancarkan pameran gitar khas, ‘Playable’ untuk meraikan pemain gitar yang paling memberi inspirasi.
Taylor yang sering memainkan gitar ketika membuat persembahan secara langsung di ‘The Eras Tour’ membuktikan kebolehannya. Ia juga amat berkait rapat dengan proses penciptaan lagu-lagu beliau.
Selain mahir bermain gitar akustik, Taylor juga mempunyai kemahiran memainkan gitar elektrik, menjadikan beliau menonjol sebagai pemain gitar yang serba boleh.
Selain Taylor, beberapa artis dan pemain gitar terkemuka yang lain turut tersenarai dalam undian tersebut.
John Frusciante dari kumpulan Red Hot Chili Peppers mendapat undian tertinggi. Nama ini sememangnya tidak asing bagi para pemain gitar seluruh dunia. John Frusciante bukan sahaja memiliki bakat bermain gitar, tetapi turut mempunyai kemahiran teknikal yang luar biasa. Solo dan chord progressions beliau terkenal dengan kedalaman emosi dan penuh ekspresi.
Undian kedua tertinggi disandang oleh Alex Turner dari kumpulan Arctic Monkeys dan yang ketiga terbaik disandang oleh John Mayer, diikuti Sam Fender dan yang kelima, Jonny Greenwood dari Radiohead.
Berikut SK kongsikan senarai penuh 20 orang pemain gitar terhebat sepanjang dua dekad berdasarkan keputusan undian tersebut.
John Frusciante (Red Hot Chili Peppers)
Alex Turner (Arctic Monkeys)
John Mayer
Sam Fender
Jonny Greenwood (Radiohead)
Chris Shiflett (Foo Fighters)
Ed O’Brien (Radiohead)
Taylor Swift
Tom DeLonge (Blink-182)
Simon Neil (Biffy Clyro)
Jim Root (Slipknot)
Keith Urban
John 5 (Mötley Crüe)
Brad Paisley
Troy Van Leeuwen (Queens Of The Stone Age)
Albert Hammond Jr. (The Strokes)
H.E.R.
Adam Hann (The 1975)
Ed Sheeran
Julien Baker
Sumber: guitarguitar,