Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2024 – Memorandum Persefahaman (MOU) ditukar diantara penyedia perkhidmatan TrustTech, Gogolook, dan CyberSecurity Malaysia dalam komitmen bersama bagi memperkukuhkan langkah-langkah keselamatan siber Malaysia di ruang digital.
Salah satu strategi utama MOU ini adalah pembangunan aplikasi anti-penipuan digital yang berkuasa untuk rakyat Malaysia bagi memerangi penipuan dalam talian yang dilihat sentiasa berevolusi.
Gogolook adalah pembangun Whoscall, aplikasi anti-penipuan terkemuka dalam industri dan satu-satunya yang disokong oleh PDRM.
Penukaran MOU tersebut dilaksanakan oleh Boice Lin, Ketua Pegawai Perniagaan Gogolook, dan Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia ketika acara Cyber DSA 2024 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 6 – 8 Ogos 2024.
Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia berkata, “Kadar penipuan di Malaysia telah meningkat dengan ketara dalam sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang menekankan keperluan mendesak kesedaran awam serta langkah-langkah berkesan untuk memerangi aktiviti penipuan ini.
Sebagai agensi pakar teknikal keselamatan siber di bawah Kementerian Digital Malaysia, adalah menjadi misi kami untuk mendidik rakyat Malaysia tentang amalan kewaspadaan digital, sambil melengkapkan dan menyediakan mereka dengan barisan pertahanan masa nyata yang pertama.

Kami percaya cara terbaik untuk memerangi ancaman ini adalah melalui penyelesaian teknologi, dan kejayaan Gogolook menerusi aplikasi anti-penipuannya, Whoscall, memberikan kami keyakinan penuh bahawa kerjasama ini akan berkesan dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada penipuan dalam talian.”
Mengulas mengenai kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia, Boice Lin, Ketua Pegawai Perniagaan Gogolook, berkata, “Pembangunan AI generatif akan menjadikan penipuan semakin sukar untuk dikesan, meningkatkan keperluan orang ramai terhadap alat anti-penipuan berasaskan teknologi.
Kami juga memanfaatkan AI untuk membangunkan aplikasi anti-penipuan yang baharu. Gogolook bukan sahaja menawarkan produk anti-penipuan percuma seperti Whoscall, yang mempunyai lebih 100 juta muat turun di seluruh dunia, tetapi juga membantu perniagaan melaksanakan teknologi anti-penipuan AI, melindungi keselamatan pelanggan dan memperoleh kepercayaan mereka.
Dengan matlamat bersama untuk menjadikan ruang digital lebih selamat, kami yakin bahawa pelan kerjasama antara Gogolook dan CyberSecurity Malaysia untuk membangunkan aplikasi yang kukuh dan dipacu AI akan berjaya melengkapkan rakyat Malaysia dengan teknologi terkini untuk memerangi scam dan penipuan dalam talian.”
Sebagai ahli Global Anti-Scam Alliance (GASA), Gogolook bekerjasama dengan organisasi kerajaan dan industri di Taiwan, Jepun, Thailand, Malaysia, Korea dan Filipina untuk bertukar pengalaman dalam memerangi aktiviti penipuan di setiap pasaran-pasaran ini.
Pada tahun 2023 sahaja, Whoscall telah mengenal pasti 4.7 bilion panggilan dan mesej teks yang tidak dikenali untuk pengguna globalnya, termasuk 66.41 juta panggilan penipuan dan 270 juta mesej teks penipuan.

Man Yong, Ketua Pemasaran Negara Malaysia Gogolook, berkata, “Di Malaysia, Whoscall adalah satu-satunya aplikasi anti-penipuan yang dipercayai dan diluluskan serta disokong oleh pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kajian kami mengenai data Whoscall menunjukkan bahawa dalam separuh pertama tahun 2024, Whoscall telah mengesan lebih daripada 1.4 juta panggilan dan mesej penipuan di Malaysia, berbanding dengan 1.6 juta panggilan penipuan pada tahun 2023. Namun, berita baiknya adalah kadar penerimaan panggilan penipuan telah menurun dari 10.35% kepada 6.30%.
Penurunan ini menonjolkan keberkesanan teknologi Whoscall dan usaha untuk mewujudkan kesedaran anti-penipuan dengan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa seperti PDRM dan CyberSecurity Malaysia.”
“Dengan taktik penipuan yang semakin berevolusi, skop pengesanan anti-penipuan berkuasa AI Whoscall telah berkembang daripada sekadar panggilan dan mesej teks kepada ciri-ciri anti-penipuan penting lain seperti Web Checker dan ID Security.
Web Checker Whoscall membantu pengguna memastikan keselamatan pautan dengan cepat dan mudah, melindungi pengguna daripada secara tidak sengaja mengklik pautan pancingan data.
Statistik dari Laporan Tahunan Whoscall 2023 menunjukkan bahawa antara URL pancingan data yang dikesan oleh Web Checker Whoscall, 13.4% meminta pengguna mendaftar akaun, 11% cuba menarik pengguna untuk memuat turun perisian manakala 4% meminta pengguna membuat pembayaran,” tambah Man Yong.
Melihat pada peningkatan pengguna aplikasi Whoscall, ia mencerminkan keberkesanannya dan kesedaran yang semakin berkembang tentang penipuan dalam talian di Malaysia.
Dengan termeterainya MOU antara Gogolook dan Cybersecurity Malaysia hari ini, rakyat Malaysia boleh menjangkakan sebuah aplikasi yang lebih kukuh, dipacu oleh AI dan dibangunkan oleh Gogolook khusus untuk rakyat Malaysia, yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2025.