Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
korea utara olimpik samsung
Gambar: AFP

Atlet Korea Utara Bertanding Di Olimpik Tak Diberi Telefon Samsung Z Flip6 – IOC

Athirah

Atlet Korea Utara Bertanding Di Olimpik Tak Diberi Telefon Samsung Z Flip6 – IOC

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan atlet Korea Utara tidak menerima telefon pintar jenama Samsung seperti yang diterima oleh atlet-atlet lain yang bersaing di Paris ketika ini.

Menurut AFP, ia selepas Korea Selatan membangkitkan bahawa tindakan memberi telefon bimbit berkenaan kepada atlet Korea Utara berpotensi melanggar sekatan yang dikenakan ke atas negara itu.

Korea Utara sebelum ini berdepan dengan pelbagai sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membabitkan program pembangunan senjatanya.

Korea Selatan berkata, resolusi PBB melarang pembekalan, penjualan atau pemindahan semua mesin industri sama ada secara langsung atau tidak langsung ke Korea Utara.

Atlet Korea Utara tak dapat telefon Samsung Z Flip6 edisi Sukan Olimpik Paris

“Telefon bimbit dikira sebagai barang larangan di bawah resolusi ini,” kata Kementerian Luar Korea Selatan dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kementerian itu juga menambah pihaknya bekerjasama dengan komuniti antarabangsa bagi memastikan resolusi yang dikenakan ke atas Korea Utara dikuatkuasakan sepenuhnya.

Sebelum ini, Samsung yang merupakan rakan rasmi Sukan Olimpik membekalkan telefon pintar miliknya, Galaxy Z Flip6 kepada kira-kira 17,000 atlet yang menyertai Olimpik 2024.

Detik bersejarah swafoto antara atlet Korea Utara dengan Korea Selatan

Menerusi kerjasama dengan IOC itu juga, Samsung melaksanakan kempen selfie victory dimana pemenang pingat Olimpik akan berswafoto menggunakan telefon pintar berkenaan.

Terdahulu, atlet Korea Utara yang memenangi pingat perak dalam acara ping pong mencuri tumpuan selepas dilihat berswafoto dengan atlet Korea Selatan yang memenangi gangsa dalam acara yang sama.

Walaupun atlet China yang memenangi emas turut serta, detik-detik yang menghimpunkan atlet kedua-dua negara itu dalam satu swafoto yang sama tetap dianggap bersejarah kerana jarang berlaku.

BACA: Polis Mohon Bantuan Kesan Durratun Hamizah Abdul Azehar

Sumber: AFP