Atlet Sertai CrossFit Meninggal Dunia Ketika Acara Renang
Atlet Serbia disahkan meninggal dunia ketika menyertai acara renang individu dalam Sukan CrossFit 2024 yang berlangsung di Amerika Syarikat, lapor CBS News.
Kematian Lazar Ðukić, 28, turut disahkan oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Tarrant County dan Ketua Pegawai Eksekutif CrossFit, Don Faul.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba Fort Worth, Craig Trojacek, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8 pagi waktu tempatan.
Tambah Craig, laporan yang diterima menyatakan seorang peserta tenggelam dan tidak kelihatan.
BACA: Pempengaruh Motosikal Terkenal, MotoTanya Maut Akibat Kemalangan
Operasi mencari seterusnya telah digerakkan oleh bomba dengan bantuan pasukan penyelam dan dron daripada Jabatan PolisWorth.
Mayat mangsa kemudian dilapor ditemui sejam selepas operasi berjalan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur CrossFit, mangsa meninggal dunia ketika menyertai acara renang 800 meter di Tasik Marine Creek.
Dalam pada itu, pihak penganjur turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan memaklumkan acara tersebut ditangguhkan sementara waktu.
BACA: Dua Warga Emas, Seorang Cucu Maut Dalam Kebakaran Di Pagoh
“CrossFit sangat berduka dengan kematian salah seorang peserta semasa acara Pertama Renang Perseorangan di Sukan CrossFit 2024.
“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan melakukan segala yang kami mampu untuk memberi sokongan kepada keluarga mendiang buat masa ini.
“Baki acara pada hari ini juga akan ditangguhkan. Kebajikan para peserta keutamaan kami dan kami sedih dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sukan CrossFit pertama kali dianjurkan pada 2007 bagi mencari atlet paling sihat di dunia, berdasarkan kriteria CrossFit.
Rutin dalan sukan tersebut tidak tetap dan beruab-rubah setiap tahun. Manakala maklumat berkenaan rutin yang akan dijalankan hanya diumumkan menjelang tarikh bermulanya sukan tersebut.
BACA: Kanak-Kanak Maut Dihempap Anjing Jatuh Dari Tingkat Lima
Sumber: ESPN, Yahoo! Sports, CBS News, The CrossFit Games via X