Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
lelaki ubah suai basikal
Gambar: Hareez Ikmal via Facebook
Tiada Kategori

Kasih Seorang Bapa, Kreatif Ubah Suai Basikal Demi Keselesaan Anak Ke Sekolah

Azizah Najib

Kasih Seorang Bapa, Kreatif Ubah Suai Basikal Demi Keselesaan Anak Ke Sekolah

Kasih sayang seorang bapa tiada tandingan, apabila menjadi seorang bapa, sudah pasti keselesaan dan keselamatan anak menjadi perkara utama biarpun diri sendiri mengharungi panas terik, hujan badai.

Bukan setakat menyediakan rumah untuk berteduh, seorang bapa juga mampu bertukar menjadi serba boleh dalam mencipta pelbagai alat kemudahan bagi memastikan tiada kepayahan yang menghalangi perjalanan anak menuntut ilmu.

Baru-baru ini, sebuah video tular apabila usaha seorang bapa melindungi dan menyediakan tempat duduk yang selesa buat anaknya dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook, Hareez Ikmal.

Lelaki tersebut dilihat mengayuh basikal dan dipercayai dalam perjalanan pulang setelah mengambil anaknya dari sekolah.

Basikal yang dinaikinya itu ditambah beberapa tong yang diubah suai sebagai tempat meletakkan kaki dan bersandar. Kanak-kanak perempuan itu kelihatan selesa dengan tempat duduk berbumbung yang kelihatan seperti tempat duduk kereta kuda.

BACA: Remaja Ceroboh, Menyamar Petugas Hospital Direman Dua Hari

“Alhamdulillah. Cuaca cantik dari Kinabatangan. Perjalanan kami untuk ke Tawau, bila masuk Lahad Datu jalan sesak sebab budak baru balik sekolah.

“Tengah-tengah sangkut jem ternampak seorang pak cik ini kayuh ‘basikal unik’ bawa anak kecil di belakang. Auto sedih bila tengok pak cik ini dan anaknya.

“Hebatnya kasih sayang seorang ayah. Semoga ada rezeki dapat jumpa di kemudian hari nanti,” kata Hareez.

BACA: Sempat Imamkan Solat Maghrib, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sujud

Bapa ubah suai basikal, terima pujian warga maya

Video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang turut merasai keikhlasan kasih sayang seorang lelaki yang bergelar bapa.

“Dia macam guna tong sampah je, tu modified kan? Kreatif ayahnya. Semoga sentiasa diberkati Allah,” ucap seorang warga maya yang kagum dengan hasil kerja itu.

“Kasihnya ayah, auto (jadi) kreatif. Janji anak tak berpanas dan berhujan,” puji warga maya.

“Untuk elakkan kaki anak masuk dalam lidi tayar tu,” teka seorang warga maya.

“Yang paling penting menutup aurat anaknya. Bila naik basikal skirt akan terangkat,” kata seorang lagi warga maya dengan pandangan peribadinya.

BACA: Ngeri, Longgokan Ular Sawa Ditemui Dalam Saluran Air Longkang

Sumber: Hareez Ikmal via Facebook