Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Poster Papar Menara Petronas Kembar Tiga, Agensi Iklan Mohon Maaf

Azizah Najib
menara petronas berkembar tiga
Gambar: X/Bernama

Poster Papar Menara Petronas Kembar Tiga, Agensi Iklan Mohon Maaf

Agensi pengiklanan, Wow Media Sdn Bhd membuat permohonan maaf berikutan kesilapan memaparkan bangunan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai tiga menara. Paparan ini dibuat bagi sebuah poster ucapan menjelang hari kemerdekaan.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Wow Media juga berkata mereka telah memadam visual tersebut.

BACA: Petronas Tamatkan Operasi Di Sudan Selatan

“Kami ingin memaklumkan mengenai isu yang berlaku dengan visual Ucapan Selamat Hari Kebangsaan yang dipaparkan pada skrin di Hartamas. Kami telah mengenal pasti akan kesalahan dalam visual yang dipaparkan pada skrin tersebut dan telah segera memadam visual itu.

“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dan akan menilai semula prosedur untuk mengelakkan sebarang masalah yang serupa pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, poster ucapan tersebut tular di internet apabila warga maya mendapati terdapat kecacatan pada rekaan poster tersebut.

BACA: Dihasilkan Dari Tebu, Ketahui Mengenai Bahan Api Etanol Yang Digunakan Di Brazil

BACA: Stesen PETRONAS Pertama Dibuka Di Brazil

Sumber: Wow Media via Facebook