Turun Beraksi Hari ini, Faisal Halim “Is Back”
Tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim kembali beraksi hari ini sekaligus menandakan kepulangan semulanya ke kancah liga bola sepak tempatan.
Faisal sebelum ini berehat panjang selepas menjadi mangsa serangan asid yang mengejutkan negara pada Mei lepas.
Menurut Astro Arena, pemain sayap pasukan kebangsaan itu dibawa masuk sebagai pemain ganti dalam perlawanan menentang Kelantan United sebentar tadi.
Beliau dibawa masuk bagi menggantikan Reziq Banihani pada minit ke-85 perlawanan.
Dilihat menyarung topeng khas pada wajahnya, kepulangan Faisal yang mesra disapa sebagai Mickey itu mendapat tepukan gemuruh daripada peminat yang berada di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (SBPJ).
https://x.com/FadhirulS/status/1822231556628312277
BACA: Dua Pelajar Kolej Maut Dalam Kemalangan
Dalam aksi liga yang berlangsung petang tadi, Selangor FC berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas berjaya menundukan lawan melalui jaringan berganda Ronnie Fernandez.
Sumber: Stadium Astro