Jeslina Hashim Sah Bergelar Isteri Tunku Eddy Nasruan
Penyanyi dan pelakon, Jeslina Hashim, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan.
Jeslina berkongsi berita gembira ini melalui hantaran di Instagramnya pada Sabtu.
“100822024 (10 Ogos 2024),” – tulisnya ringkas dalam hantaran tersebut.
Dalam majlis pernikahan itu, sepupu Tunku Eddy iaitu Tengku Alana turut mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai itu.
“Tahniah kepada sepupu saya Eddy dan sepupu baharu Jeslina.
“Semoga kamu berdua berbahagia dan terima kasih kerana menjemput kami,” katanya.
Pada 1 November tahun lalu, Tunku Eddy pernah berkongsi perasaan bahagianya bersama Jeslina dan memberitahu bahawa tarikh ulang tahun hubungan mereka akan bertukar tahun ini.
Untuk makluman, Jeslina pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada Mac 2013.
Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Micah berusia 16 tahun dan Keira yang berusia 14 tahun.
Sebagai informasi tambahan, Tunku Eddy adalah cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tuanku Ja’afar, dan Tunku Ampuan Najihah.
BACA: Penyertaan Acara Keirin Dibatalkan, Datuk Azizulhasni Awang Tampil Beri Penjelasan
BACA: Faisal Halim Teruja Kembali Beraksi Di Padang
Sumber: Astro Gempak