Siakap Keli
penjelasan Datuk Azizulhasni Awang
Sumber: Azizulhasni Awang via Facebook

Penyertaan Acara Keirin Dibatalkan, Datuk Azizulhasni Awang Tampil Beri Penjelasan

Penyertaan Acara Keirin Dibatalkan, Datuk Azizulhasni Awang Tampil Beri Penjelasan

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,” – ujar Datuk Azizulhasni Awang apabila beliau tersingkir seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Veldrom Saint-Quentin-en-Yvelines, semalam.

Penyertaan dalam acara Keirin dibatalkan, jaguh berbasikal trek negara itu tampil memberikan penjelasan.

Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan bahawa beliau ditempatkan di posisi terakhir iaitu keenam semasa undian (draw) dibuat.

Namun, meskipun berada di kedudukan tersebut, beliau kekal tenang dan merancang dengan teliti untuk menghadapi perlumbaan tersebut.

“Hasil perbincangan bersama jurulatih John Beasley, plan terbaik adalah untuk terus ke hadapan dan cuba mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin.

“Ini adalah kerana ada beberapa pelumba front runner (senko) berada di hadapan. Jika pelumba hadapan terus memecut awal, ianya akan meletakkan saya di situasi sukar untuk bergerak ke hadapan pada kelajuan tinggi berdasarkan beberapa pelumba yang berada di hadapan saya.

“Akan ada possibility blocking dan gapping dari beberapa pelumba hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan possibility untuk menang, dan bergerak awal ini juga saya ada lakukan ketika pusingan awal di Olimpik Tokyo dahulu,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

BACA: Paris 2024: Penyertaan Datuk Azizulhasni Dibatalkan Dalam Acara Keirin

Mengulas lanjut, beliau berkata, berbaki satu pusingan sebelum pacer keluar, beliau sudah bergerak ke hadapan secara perlahan-lahan dari belakang, sama juga seperti yang dilakukan beliau dalam perlumbaan di Kejohanan Asia di Kuala Lumpur sebelum ini.

“Perancangannya adalah untuk bergerak ke hadapan dan berada di sebelah luar pelumba pertama atau kedua dan selepas pacer keluar saya akan terus memecut untuk merebut kedudukan posisi paling hadapan (pertama).

“Namun ketika melepas selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan dari pelumba France.

“Himpitan itu terlalu aggressive dan bagi saya ianya adalah intentionally aggressive kerana melanggar saya (boleh rujuk gambar) dan saya hampir terjatuh. Saya terselamat daripada jatuh kerana quick reaction dan good handling skill yang saya ada.

Sumber: Azizulhasni Awang via Facebook
Sumber: Azizulhasni Awang via Facebook

“Tidak cukup dengan itu beliau masih mengekori rapat di sebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua dan di dalam keadaan seperti itu reaksi saya adalah bergerak ke hadapan untuk mengelak dari beliau,” jelas Datuk Azizulhasni Awang.

Bagaimanapun, Datuk Azizulhasni Awang menjelaskan bahawa situasi menjadi lebih mencabar apabila pacer tidak memecut keluar pada kelajuan yang biasa.

“Sebagai seorang pelumba Keirin yang elite, kita tahu speed atau kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Biasanya di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50-55kmh. Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.

“Saya yang tengah bergolak dengan pelumba France itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut, dan cuba back pedal sebagai cara untuk breaking akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan,” jelas beliau lagi.

BACA: Faisal Halim Teruja Kembali Beraksi Di Padang

Difahamkan, menurut peraturan perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak dibenarkan memotong pacer sebelum pacer keluar dari perlumbaan di “pursuit line,” iaitu garisan halus yang terletak di tengah-tengah bahagian depan trek (bukan di garisan permulaan).

“Adakah tayar belakang saya memotong pacer sebelum pacer keluar? Jawapan saya adalah ya,” tambah beliau.

Namun, jelas beliau, ia berlaku secara tidak sengaja dan disebabkan oleh dua faktor utama.

Pertama, kerana saya mengalami halangan dan himpitan berterusan daripada pelumba Perancis.

Kedua, pacer bergerak pada kelajuan hanya 40-45 km/j dan bukannya pada kelajuan sepatutnya serta tidak memecut keluar seperti kebiasaannya.

Walaupun jurulatih dan pengurus pasukan, Izham Mohammad, berusaha untuk mendapatkan semakan semula keputusan oleh panel komisar, keputusan tetap tidak diubah.

“Sukan lumba basikal track memang keputusan mutlak daripada panel komisar.

“Walaupun suatu ketika dahulu jurulatih dan pasukan boleh membawa hujah dan video untuk di review kembali akan tetapi sampai pada suatu ketika semuanya diubah sepenuhnya,” ujarnya.

Mengakhiri kenyataannya, Datuk Azizulhasni Awang meminta sokongan dan doa daripada semua buat rakan sepasukannya, Shah Firdaus, yang akan terus berjuang membawa pulang pingat emas buat Malaysia.

BACA: Raih Pingat Emas, Arshad Nadeem Pernah Pergi Latihan Guna Duit Orang Kampung

Sumber: Azizulhasni Awang via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.