Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
keluarga istiqomah
Gambar: Astro Awani
Keluarga Mahukan Keadilan, Hukuman Setimpal Terhadap Pembunuh Istiqomah

Iqbal Yasir

Keluarga Mahukan Keadilan, Hukuman Setimpal Terhadap Pembunuh Istiqomah

JOHOR BAHRU, 12 Ogos (Bernama) — Keluarga kepada Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru wanita yang mayatnya ditemukan dalam tong sampah di Alor Gajah, Melaka, Disember lepas tanpa kepala dan kedua-dua tangan, menyifatkan pembunuh wanita itu sebagai amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Suami Istiqomah, Mohd Yusof Mokhtar, 35, berkata beliau menuntut supaya keadilan ditegakkan, dengan pembunuh diburu dan dikenakan hukuman keras yang setimpal.

“Kalau boleh hukuman gantung, saya mahukan keadilan untuk isteri saya, tak patut (diperlakukan sedemikian rupa).. dia isteri yang taat pada suami dan amat sayangkan anak-anaknya. Dia (isteri) seorang yang baik.

“Kalau ada apa-apa dia akan minta izin dengan saya terlebih dahulu. Saya nak keadilan untuk dia (isteri), memang kejam (pelaku) buat macam itu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Kota Masai di sini hari ini.

Mohd Yusof berkata anak-anaknya Naura Auni 9, Muhammad Naufal Amzar, 6 dan Nayla Aisya 4, telah tahu serta faham mengenai kejadian yang menimpa ibu mereka, dan mereka lebih banyak mendiamkan diri terutama anak sulungnya.

Ibu Istiqomah, Saleha Ya, 58, berkata kali terakhir beliau bertemu arwah adalah ketika bercuti di Morib, Selangor kira-kira dua hari sebelum Istiqomah dilaporkan hilang.

Beliau berkata semasa siasatan mengenai kehilangan anaknya itu dijalankan, beliau bersama-sama suaminya Ahmad Rozi Latimin, 64, yang tinggal di Pasir Mas, Kelantan, telah membuat ujian DNA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan IPD Alor Gajah.

Ahmad Rozi pula memberitahu jenazah anaknya akan dibawa balik dan dikebumikan di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, Kelapa dalam masa terdekat, dan pada masa ini pihaknya masih menunggu proses bedah siasat selesai.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa mayat tanpa kepala dan tangan yang ditemukan di tepi jalan di kawasan kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Alor Gajah pada 31 Dis lepas, adalah mayat Istiqomah seorang guru yang dilaporkan empat hari sebelumnya.

Beliau berkata polis telah menahan reman satu pasangan suami isteri bagi membantu siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Polis Masih Kesan Anggota Badan Mayat Cikgu Istiqomah

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni