Siakap Keli
Mantan Mufti Negeri Sembilan Meninggal
Gambar: Sinar Harian

Mantan Mufti Negeri Sembilan Meninggal Dunia

Mantan Mufti Negeri Sembilan Meninggal Dunia

Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 79 tahun, labor Sinar Harian.

Difahamkan, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Marida, Senawang pada jam 7.43 malam hari ini.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh menantunya, Danial Farhan Dolmat.

Menurut Danial, akibat menghidapi penyakit kanser hati, Allahyarham sebelum itu menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Allahyarham koma pada jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di hospital dan meninggal dunia dalam keadaan koma.

“Allahyarham meninggal dalam keadaan tenang dan mudah,” katanya.

Proses pengebumian jenazah Allahyarham akan dilakukan pada esok pagi di Tanah Perkuburan Islam Maqam Tuan Haji Mohd Said, Sikamat.

Dalam pada itu, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dalam satu muat naik di Facebook rasminya juga mengucapkan salam takziah atas pemergian bekas Mufti Negeri Sembilan itu.

“Sesungguhnya kami warga Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan menjadi saksi terhadap kebaikan dan jasa Almarhum sepanjang hayatnya serta berdukacita di atas kehilangan yang tiada galang gantinya ini.

“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kongsi Mufti Negeri Sembilan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Pahariah Jamaludin dan enam cahaya mata. Anaknya terdiri daripada tiga perempuan dan tiga lelaki.

Untuk rekod, pada tahun 2009 Datuk Mohd Yusof Ahmad telah dilantik untuk menjadi Mufti Negeri Sembilan keempat dan Allahyarham telah bersara pada tahun lepas.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=885319516961990&id=100064518499551&rdid=VxbwsEG3SpL9JBUR

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

BACA JUGA: Dua Remaja Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Asal Membunuh Mohammad Aimin

BACA JUGA: Keluarga Mahukan Keadilan, Hukuman Setimpal Terhadap Pembunuh Istiqomah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.