Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Dua remaja Mohammad Aimin
Gambar: BERNAMA
Dua Remaja Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Asal Membunuh Mohammad Aimin

Iqbal Yasir

Dua Remaja Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Asal Membunuh Mohammad Aimin

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan dua remaja untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, di sebuah pusat tahfiz hampir lima tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu, selepas membenarkan permohonan rayuan pihak pendakwaan untuk menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini meminda pertuduhan asal membunuh itu kepada menyebabkan kematian.

Pada 6 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi meminda pertuduhan asal membunuh kepada menyebabkan kematian dan memerintahkan kedua-dua remaja itu membela diri.

Dalam prosiding hari ini, Ahmad Zaidi berkata berdasarkan keterangan dikemukakan khususnya keterangan saksi dan pakar patologi, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap remaja tersebut.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga berjaya membuktikan unsur niat untuk membunuh.

Beliau kemudian memerintahkan kedua-dua remaja itu membela diri di hadapan pesuruhjaya kehakiman yang sama, Roslan Mat Nor di Mahkamah Tinggi Temerloh di Pahang.

Ahmad Zaidi yang bersidang bersama Hakim Datuk Azmi Ariffin dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin, menetapkan tarikh 19 Ogos untuk sebutan kes di Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua remaja yang berusia 13 tahun ketika itu, didakwa membunuh Mohammad Aimin di asrama Maahad Tahfiz Nahdah Syubban Addiniyah di Kampung Kuala Kaung di Lanchang, Temerloh, Pahang antara 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari pada 7 Nov 2019.

Pada 6 Mac tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Roslan memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan unsur niat untuk membunuh dan dengan itu meminda pertuduhan kepada menyebabkan kematian.

Roslan kemudiannya mengarahkan mereka untuk membela diri atas pertuduhan tersebut.

Selepas keputusan itu, remaja terbabit memutuskan untuk mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian.

Mahkamah Tinggi mengarahkan penahanan kedua-dua remaja itu di Sekolah Henry Gurney untuk tempoh tiga tahun bermula 6 Mac 2023, sebelum pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Penemuan fakta pesuruhjaya kehakiman menunjukkan bahawa remaja itu menyerang mangsa di asrama. Mereka menumbuk perut mangsa, menghentak perutnya sehingga najis dan air kencingnya terkeluar, dan mencampakkan mangsa ke lantai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman manakala remaja itu diwakili Amer Hamzah Arshad, Joshua Tay H’ng Foong dan Lee Yee Woei.

Sumber: BERNAMA

JUGA: Polis Masih Kesan Anggota Badan Mayat Cikgu Istiqomah

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni