Siakap Keli
Suspek Samun Ditembak Mati
Gambar: Sinar Harian

Suspek Kes Samun Ditembak Mati Di Kajang

Suspek Kes Samun Ditembak Mati Di Kajang

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki yang mempunyai enam rekod jenayah samun ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk ke Tol Sungai Balak, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) dekat Kajang, Selangor petang tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang sedang membuat rondaan di lokasi menahan kereta jenis Perodua yang dipandu lelaki terbabit.

Bagaimanapun, Hussein berkata lelaki berumur pertengahan 30-an itu enggan memberhentikan kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Polis telah membalas tembakan dan suspek dipercayai mati terkena tembakan dalam kejadian itu.

“Dalam kejadian itu juga, seorang anggota polis berusia 30-an turut terkena tembakan, namun terselamat kerana mengenai baju kalis peluru yang dipakai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Hussein berkata semakan mendapati lelaki warga tempatan itu dipercayai terlibat dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Plaza Metro Kajang beberapa bulan lepas.

Beliau berkata kertas siasatan berhubung kejadian dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Warga Emas Maut Ditikam Dengan Gunting Di Kepala Ketika Cuba Lerai Pergaduhan

BACA JUGA: Dua Remaja Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Asal Membunuh Mohammad Aimin

BACA JUGA: Keluarga Mahukan Keadilan, Hukuman Setimpal Terhadap Pembunuh Istiqomah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.